PJJ OH PJJ!!!

Aku rasa mesti kau orang pernah dengar atau terbaca di mana-mana kan, suami akan buat hal kalau isteri tengah mengandung atau berpantang dan satu lagi kalau perhubungan jarak jauh- PJJ dengan isteri. Banyak berlaku kejadian macam ni malah golongan artis pun tak ketinggalan terpalit kontroversi curang ketika isteri sedang mengandung atau berpantang.

Sel-sel otak mereka terlebih berhubung agaknya waktu ini pandai sahaja cari mangsa. Itu cerita orang lain lah, nak tahu apa cerita aku? Hah ini dia ya aku punya cerita ni aku bagi pakej siap dekat suami aku, berpantang dan PJJ. Kau orang rasa aku jadi macam mana ? meroyanlah oiii nasib bukan gila meroyan yang betul-betul. 

Nama aku Suki (bukan nama sebenar) Umur aku baru 24 tahun je dan punya dua anak. Anak sulung berusia 3 tahun dan yang kedua yang aku tengah berpantang ini lah. Aku kahwin muda pada usia 20 tahun dengan suamiku buah hati pengarang jantung Fikri (bukan nama sebenar) yang berusia dua tahun lebih tua dari aku. Perkahwinan pada usia muda ni memang kena banyak belajar tapi tak pernah menjadi masalah pun kerana aku memang terbuka untuk belajar dan jenis cepat tangkap.



Jadi kehidupan kami pada asasnya memang baik-baik sahaja. Aku dengan suami memang PJJ kerana suami aku ketika ini sedang menuntut di salah sebuah universiti di Sydney, Australia. Jauh bukan? Suami aku dah setahun pun di sana dan memang dia belum pernah lagi jumpa baby baru ni, sekadar menatap gambar dan video yang aku kirimkan di aplikasi whatsapps setiap hari.

Sebenarnya waktu aku berpantang  cabaran yang aku hadapi bukan kaleng-kaleng. Sudahlah berpantang tanpa suami di sisi, ibu aku pula sakit ketika itu. Jadi kebanyakkan waktu tugas mengurus anak-anak aku lakukan sendiri tanpa bantuan. Di tambah pula dengan aku menguruskan perniagaan dalam talian yang tetap aku teruskan walau dalam keadaan berpantang. Penatnya jangan cakaplah tapi aku gagahkan juga diri demi anak-anak tersayang. 

Waktu malam sahajalah waktu aku mengadu dan berkongsi rasa dengan si suami yang jauh di seberang laut. Setiap malam pasti kami berbual melalui video call untuk berkongsi cerita dan melepaskan rindu di kejauhan. Tidak berapa lama kemudian aku perasan suamiku sedikit berubah, bukan apa kebiasaan kami akan bergayut lama setiap malam, kini dia tiba-tiba jadi seakan kurang berminat untuk berbual seperti selalu. 



Tanya soalan lebih kurang kemudiannya dia akan mecari alasan untuk memutuskan talian. Hatiku mula rasa tidak sedap. Biasalah naluri isteri pasti boleh merasa jika ada sesuatu yang tak kena pada suami. Bagaimanapun aku tidak pernah bertanya apatah lagi marah-marah. Aku layankan sahaja mood suamiku. Selain itu aku perasan juga suami aku kini lebih aktif di facebook tak seperti selalu. Kebiasaannya dia akan post gambar aku dan anak-anak sahaja, kini dia dah pandai update selfie gambar dirinya sendiri dan update berkenaan aktiviti hariannya.Lain macam betul rentak dia kali ini.

Pada suatu malam ketika kami berbual melalui video call aku bertanya kepada Fikri “ Abang lain macam sekarang, ada orang lain ke?. Pertanyaan aku dijawab dengan gelak ketawa darinya dan dia kata “eh macam mana tau ni?” cara dia bercakap seolah-olah perkara itu biasa sahaja dan langsung tidak salah. Melihat reaksi aku yang tenang dan seakan ok sahaja dia meneruskan ceritanya.

Katanya dia memang ada orang lain dan sedang berhubung dengan seorang wanita. Walaupun raut wajah aku kelihatan tenang namun Allah sahaja yang tahu betapa terlukanya hati aku saat ini. Bagaimana seorang suami tergamak bermain cinta dengan wanita lain saat isterinya sedang berpantang selepas melahirkan zuriatnya sendiri. Sudahlah wajah anak sendiri pun belum pernah dilihat. Dugaan apakah yang Allah berikan buat aku ini? Aku terluka ya Allah. 



Menurut Fikri wanita berkenaan adalah bekas kekasihnya yang kini telah kembali single selepas bercerai dengan suaminya. Wanita berkenaan mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan dengan bekas suaminya. Dalam keadaan aku sedang melayan perasaan sedihku, wanita berkenaan menghantar friend request di facebook aku, katanya nak jadi kawan.

Macamlah aku tak tahu tindakan dia itu ada udang disebalik batu. Aku jawab ringkas “nak jadi kawan ke nak jadi madu?”. Melihat daripada gambarnya wanita berkenaan tidaklah cantik mana, dalam hatiku berkata “cantik lagi aku”. Sebagai isteri sudah pastilah aku tertanya-tanya kenapa Fikri boleh terpikat dengan wanita itu semula sedangkan aku jauh lebih cantik berbanding wanita itu.

Kalau dah nama lelaki tu semua sama sahaja ya. Jawapannya adalah “Sayang takde salah, takde kurang pun cuma abang yang nakal melayan godaan dari dia”. Waktu suami aku lafaz ayat ini, sumpah nak meleleh air mata aku ini. Namun aku tahan sahaja dan terus kekal tenang. Waktu dalam pantang aku diduga dengan kecurangan ni membuatkan jiwa aku benar-benar terluka dan teramat sedih.

 

 

Tapi aku sembunyikan daripada pengetahuan keluargaku mahupun keluarga mentua. Aku adukan masalah dan kesedihan aku pada leader aku berniaga. Kalau diikutkan hati aku memang rasa ingin bercerai sahaja. Perbuatan Fikri pada aku memang tak berhati perut aku rasa. Kataku “ Suki ni dahla cantik kak Ida, ada anak pulak tu! Tergamak Fikri curang dengan Suki”. 

“Kak Ida tau apa yang Suki paling sengsara dengar, dia kata dia nak kahwin dengan wanita tu sebab cinta. Habis tu Suki ni apa?. Melihat kemarahan dan kekecewaan aku yang kian memuncak Kak Ida (bukan nama sebenar) menasihati dengan dengan tenang. Kak Ida perkenalkan aku dengan Group Kembali Bahagia dia Laman facebook. Kebetulan Kak Ida dah lama join group kembali bahagia. 

Kak Ida tunjukkan 13 jampi hati suami yang buat aku betul-betul tertarik. Ada betulnya juga nasihat kak Ida tu, takkan aku nak bagi hadiah percuma sahaja suamiku pada perempuan ‘pencaras” tu. Aku ikuti group kembali bahagia untuk satu tempoh waktu sebelum aku memutuskan untuk lebih mendalami lagi ilmu Ehati melalui kelas Kembali Bahagia.

 

 

 

Aku buka hati dan fikiran aku untuk menerima ilmu baru agar rumahtangga aku dapat dipulihkan dan Fikri kembali semula padaku. Syukur pada Allah Kelas kembali Bahagia ini benar-benar memberikan nafas baru kepadaku. Aku rasa ilmu yang aku pelajari dalam kelas Kembali Bahagia ini seolah-olah satu GPS navigation untuk aku menuju ketenangan dan kebahagian yang sebenar.

Perkara pertama yang aku ubah adalah diri aku sendiri, aku berikan self love yang terbaik untuk diri aku. Aku tidak mahu lagi rasa sedih dan terkenan akibat stress yang tidak berkesudahan. Sebagai seorang ibu yang baru selelesai melahirkan bayi sudah pasti aku perlu sentiasa ceria dan positif supaya aku dapat sembuh lebih cepat dan bayiku memerlukan perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagia. 

Dahulu kalau aku stress aku akan duduk bermuram durja seharian melayan perasaan. Membiarkan hatiku terluka dan terus terluka tanpa diubati. Kini tidak lagi,kalau  suatu hari aku rasa penat menguruskan rumahtangga, melayan anak-anak dan sebagainya aku tidak lagi membiarkan diriku rasa moody dan kepenatan di rumah. Aku pasti akan ambil masa untuk keluar berjalan-jalan atau keluar makan.

 

 

Aku luangkan masa yang berharga untuk diri aku dirawat dengan penuh perhatian dan belas kasih oleh diriku sendiri. Aku tidak mahu membiarkan diri aku tertekan, aku cuma mahu rasa tenang dan gembira sahaja.Apabila aku berubah menjadi seorang wanita yang tenang dan ceria suami aku yang jauh nun disana juga turut berubah kerana dia gembira melihat aku yang sentiasa riang dan positif.

Inilah bukti sebenar kata-kata mentorku Puan Diyana Tahir “ women happiness is a drugs for man”. Bayangkan jauh beribu batu kegembiraan aku mampu memberi kesan. Nak tahu apa yang lebih mengujakan? . Selepas menghadiri kelas Kembali Bahagia suami aku hadiahkan aku sebuah kereta Ford baru tau. Jangan tak percaya aku baru ambil kereta tu sebulan lepas.

Syukur Alhamdulillah dengan ilmu ni aku mampu mengubah keadaan rumahtangga aku menjadi lebih baik. Selama ini kalau aku minta dia belikan barang kemas pun  kemain panjang syarahan dia pada aku. Sudahlah bersyarah panjang barang kemasnya pun tak dapat. Perangai buruk aku dahulu yang suka mengungkit apabila bergaduh berjaya aku buang selepas aku mengenalpasti keegoanku dan juga aku belajar memaafkan diriku serta  semua orang yang menyakiti aku selama ini.

 

 

Selain belikan aku kereta Fikri juga begitu pemurah dengan aku sekarang, apa sahaja yang aku inginkan pasti dia akan berikan aku duit untuk aku beli barang tersebut. Sikap dan bicara Fikri juga semakin lembut dan penuh kasih sayang denganku. Hubungan kami terasa lebih rapat dari zaman bercinta dahulu. Kegembiraan aku ini memang berjangkit bukan sahaja suami semakin banyak bagi hadiah, malah ibu mentua aku juga tidak ketinggalan. 

Baru-baru ini ibu mentua hadiahkan aku tudung baru. Layanan ibu mentua aku memang first class sebelum ini sampai aku tak terasa seperti menantu pun malah aku rasa seperti anak sendiri dengan ibu mentuaku. Waktu aku menghadiri kelas Kembali Bahagia mak mentua dan semua keluarga mentua memang support habis, sampaikan anak-anak pun mereka jagakan. 

Yang penting aku boleh menuntut ilmu dengan tenang. Syukur Ya Allah untuk bahagia ini. Owh satu lagi yang paling penting, wanita yang berangan jadi madu aku tu telah terhapus dari hidup kami selamanya. Terima kasih Ehati!

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1