Sebelum aku mulakan perkongsian kisah cinta dan air mata aku dan suamiku ingin aku tanyakan pembaca semua, “Apakah impian hidup berumahtangga anda yang paling ingin anda capai sepanjang hidup ini?. Bagi aku pada usia 50an ini impian aku hanyalah berbahagia dan meniti hari tua bersama suami tercinta dan anak-anak tersayang. Bagaimanapun nikmat bahagia itu tidak datang bergolek malah hadir dengan dugaan yang amat besar sehingga hati ini rasa seolah-olah tidak mampu lagi bertahan. Aku kenalkan nama aku Sarimah (bukan nama sebenar) dan aku telah berumahtangga bersama suami aku Suhaimi (bukan nama sebenar) kira-kira 25 tahun. Sepanjang berumahtangga sejak 25 tahun yang lalu Suhaimi boleh dikategorikan sebagai seorang suami yang baik dan bertanggung jawab. Segala keperluan kami anak beranak disempurnakan dengan baik. Kerjaya Suhaimi sebagai dalam bidang oil & gas memberikan kami kehidupan yang selesa namun biasalah kerja offshore jadi kami selalu berjauhan.
Sepanjang kami berkahwin tiada sebarang masalah atau konflik yang serius berlaku. Alhamdulillah walau kami dalam Perhubungan Jarak Jauh – PJJ namun aku dan Suhaimi berjaya menjadi suami isteri yang setia dan memahami sehinggalah kira-kira 15 tahun lalu. Ketika itu Suhaimi bertugas di Thailand. Nak dijadikan cerita, suamiku yang kucinta dan kuserah segala percaya itu akhirnya tewas kepada godaan cinta “minah siam”. Hubungan mereka boleh dikatakan serius kerana wanita berkenaan sanggup memeluk agama Islam demi bersama suamiku. Aku sebagai isteri apa lagi, pastilah kecewa dan meroyan tak berkesudahan. Siapa yang mampu menerima suami curang dengan wanita lain,
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved