Sebelum aku mulakan perkongsian kisah cinta dan air mata aku dan suamiku ingin aku tanyakan pembaca semua, “Apakah impian hidup berumahtangga anda yang paling ingin anda capai sepanjang hidup ini?. Bagi aku pada usia 50an ini impian aku hanyalah berbahagia dan meniti hari tua bersama suami tercinta dan anak-anak tersayang.
Bagaimanapun nikmat bahagia itu tidak datang bergolek malah hadir dengan dugaan yang amat besar sehingga hati ini rasa seolah-olah tidak mampu lagi bertahan. Aku kenalkan nama aku Sarimah (bukan nama sebenar) dan aku telah berumahtangga bersama suami aku Suhaimi (bukan nama sebenar) kira-kira 25 tahun.
Sepanjang berumahtangga sejak 25 tahun yang lalu Suhaimi boleh dikategorikan sebagai seorang suami yang baik dan bertanggung jawab. Segala keperluan kami anak beranak disempurnakan dengan baik. Kerjaya Suhaimi sebagai dalam bidang oil & gas memberikan kami kehidupan yang selesa namun biasalah kerja offshore jadi kami selalu berjauhan.
Sepanjang kami berkahwin tiada sebarang masalah atau konflik yang serius berlaku. Alhamdulillah walau kami dalam Perhubungan Jarak Jauh – PJJ namun aku dan Suhaimi berjaya menjadi suami isteri yang setia dan memahami sehinggalah kira-kira 15 tahun lalu. Ketika itu Suhaimi bertugas di Thailand.
Nak dijadikan cerita, suamiku yang kucinta dan kuserah segala percaya itu akhirnya tewas kepada godaan cinta “minah siam”. Hubungan mereka boleh dikatakan serius kerana wanita berkenaan sanggup memeluk agama Islam demi bersama suamiku.
Aku sebagai isteri apa lagi, pastilah kecewa dan meroyan tak berkesudahan. Siapa yang mampu menerima suami curang dengan wanita lain, bahkan menyimpan hasrat untuk berkahwin pula. Apalah yang boleh aku lakukan ketika itu, menangis, menangis dan terus menangis. Tidak pernah aku bayangkan hidup bermadu, apatah lagi ketika itu cabaran membesarkan anak-anak yang masih kecil juga tidak kurang hebatnya.
Sejujurnya ketika itu aku seperti hilang arah. Tidak tahu apa yang perlu aku lakukan lagi, hubungan kami suami isteri semakin dingin dan sering bergaduh. Pantang ada silap sedikit pasti berlaku pertengkaran hebat, ungkit-mengungkit dan kami akan menyalahkan antara satu sama lain.
Allah sahaja yang tahu betapa menderitanya aku waktu itu, menderita kesedihan dan rasa tidak diperlukan oleh suamiku sendiri. Hasrat dia untuk berkahwin juga telah meruntuhkan keyakinan diriku sama sekali, setiap hari aku akan mempersoalkan kekurangan diriku, membandingkan diriku dengan kekasihnya.
Aku benar-benar putus asa untuk meneruskan perkahwinan kami. Suhaimi pula bersungguh-sungguh mempertahankan hubungannya dengan “minah siam” itu. Krisis rumahtangga kami sampai ke kemuncak apabila aku dan Suhaimi memilih untuk bercerai. Aku meneruskan hidup dan membawa diri bersama anak-anak.
Bagaimanapun hasrat Suhaimi berkahwin dengan wanita siam itu tidak kesampaian kerana tentangan dari kedua-dua belah keluarga. Keluarga Suhaimi dan keluarga wanita itu sama-sama tidak bersetuju.Keadaan ribut taufan dalam rumahtangga kami akhirnya kembali reda, dalam waktu itu Suhaimi berusaha memujukku untuk kembali bersama sebagai pasangan suami isteri.
Rasa hati sedikit berat kerana luka dicurangi dan diceraikan dahulu belum sembuh sepenuhnya. Rasa sakitnya masih mendalam hingga kadang kala membuatkan hidupku jadi tidak tenang. Memikirkan nasib anak-anak aku akhirnya bersetuju. Walaupun kami bersama semula namun hubungan antara kami tidak lagi seperti dulu, segalanya dingin sahaja.
Jauh dari sudut hatiku luka dicurangi itu masih berbekas dan hampir mustahil untuk aku maafkan dengan rela hati. Meskipun begitu perkahwinan kami selepas rujuk ini diteruskan jua dengan penuh hambar, tanpa kehangatan cinta dan bahagia. Aku lalui hari-hari yang berlalu ini dengan tabah dan penuh sabar namun sejujurnya aku amat takut pisang berbuah dua kali, bimbang suamiku curang lagi.
Inilah yang selalu bermain di fikiranku dan seperti mustahil untuk aku buang. Sungguh aku tidak sangka perkara yang paling aku takuti itu berlaku sekali lagi. Kecurangan Suhaimi kali kedua ini berlaku kira 2 atau 3 tahun lalu. Wanita kedua ini merupakan bekas kekasih lamanya yang baru sahaja kematian suami.
Demi Allah dugaan ini terlalu berat untuk aku terima, terlalu dalam luka yang suamiku berikan. Keinginannya beristerikan wanita itu mengatasi segalanya sehingga dia memaksa aku menerima wanita itu sebagai madu. Aku berusaha sedaya mungkin untuk menyelamatkan rumahtangga kami, aku mengadu pada keluarga mertuaku dan aku juga pernah berhubung dengan keluarga wanita itu untuk memaklumkan hubungan Suhaimi dan anak mereka Syuhada (bukan nama sebenar).
Syukur aku panjatkan pada Allah keluarga mertuaku serta keluarga Syuhada sama-sama tidak bersetuju dengan perhubungan mereka. Keluarga Syuhada sama sekali tidak bersetuju untuk Syuhada menjadi isteri kedua tambahan pula aku sebagai isteri pertama Suhaimi tidak pernah bersetuju apatah lagi memberi izin mereka berkahwin.
Keadaan ini memang benar-benar memburukkan lagi hubungan kami suami isteri. Tiada lagi komunikasi antara kami, walau masih hidup sebumbung namun kami tidak peduli antara satu sama lain, aku menyibukkan diri dengan urusanku di dalam rumah. Aku menghias rumah, mengait dan bermacam lagi untuk mengisi masaku tanpa mempedulikan Suhaimi.
Begitu juga dengan Suhaimi ketika berada di rumah dia sibuk dengan hobinya menanam bunga, mengemas laman di luar rumah. Nama sahaja tinggal sebumbung, makan sehidang, tidur sebantal namun hakikatnya kami seolah-olah hidup dalam dunia masing-masing. Anak-anak pula semua bersekolah asrama.
Hatiku yang mengharap perhatian dan kasih sayang suami ini sudah menjadi terlalu penat untuk bertahan. Rasa tidak diperlukan dan rasa tidak dihargai itu benar-benar membunuh jiwaku. Aku jadi pendiam, hanya tahu menangis untuk melepaskan perasaan yang terbuku. Sesungguhnya aku tidak kuat lagi untuk mengharungi semua ini.
Aku perlukan bantuan, ada kalanya aku ke surau untuk bertanya pendapat ustazah berkenaan pelbagai perkara. Sudah pastilah aku tidak pernah berterus terang tentang keadaan hubungan aku suami isteri demi menjaga aib rumahtangga kami. Nasihat yang diberikan aku cuba praktikkan dengan harapan ada perubahan baik berlaku. Malangnya semuanya sama sahaja.
Pertolongan Allah akhirnya sampai juga kepadaku, apabila aku terjumpa video perkongsian Puan Diyana Tahir di lama Facebook. Pada mulanya aku sedikit skeptikal, tertanya-tanya adakah benar program Kembali Bahagia yang Puan Diyana anjurkan ini mampu memberi penyelesaian kepada masalah rumahtangga aku.
Selepas berfikir beberapa ketika aku akhirnya memutuskan untuk mencuba memandangkan tiada lagi jalan penyelesaian yang dapat aku fikirkan untuk memperbaiki hubungan kami. Aku mendaftar ke Kelas Kembali Bahagia yang berlangsung secara dalam talian selama tiga hari berturut-turut. Sungguh, kelas ini aku anggap sebagai jawapan Allah kepada doa-doa yang kupanjatkan setiap hari untuk merawat hatiku agar kembali tenang dan mengembalikan bahagia dalam rumahtangga kami berdua.
Lebih melegakan aku ramai rakan-rakan senasib denganku yang turut sama mengikuti program Kembali Bahagia. Sekurang-kurangnya aku tahu bukan aku seorang sahaja dalam dunia ini yang diuji dengan masalah rumahtangga tidak bahagia.Hari pertama kelas sangat mengujakan, pelbagai ilmu dan latihan yang kami lakukan bersama.
Paling menarik adalah latihan mengenal diri sendiri. Melalui soalan yang diberikan kami dikelaskan dalam kumpulan tersendiri. Kumpulan ini diasingkan mengikut kecenderungan tingkah laku masing-masing. Disinilah aku mengenali karakter diriku sendiri yang selama ini aku tidak pernah tahu. Karektor diri aku ini merupakan rahsia besar yang menjadi antara punca kepada setiap perkara yang berlaku kepadaku selama ini.
Aku akui kebanyakkan waktu aku hanya menyalahkan Suhaimi sebagai punca rumahtangga kami tidak bahagia dan menyebabkan aku amat terluka serta menderita . Tidak pernah aku fikir aku juga punya silap sendiri dalam sepanjang melayari kehidupan kami sebagai suami isteri. Tanpa aku sedari sebenarnya aku juga punya salah dan menjadi salah satu punca menyebabkan Suhaimi beralih arah mencari wanita lain untuk dicintai dan berkasih sayang.
Maafkan aku suamiku. Baru aku tahu rupanya tindakan aku yang sentiasa menganggap diri aku mangsa dan menyalahkan Suhaimi semata-mata turut melukakan hatinya. Tindakan aku yang tidak pernah membuka hati untuk memaafkan Suhaimi dan juga terlalu berkeras dengan diriku sendiri memisahkan kami lebih jauh antara satu sama lain. Kemarahan dan rajuk yang berpanjangan menyebabkan tiada ruang untuk kami berkasih sayang.
Benar Suhaimi bersalah kerana menduakanku, namun aku juga bersalah kerana tidak pernah memaafkan diriku dan dirinya sepanjang kami bersama. Aku dan dia tidak jauh berbeza sama-sama keras hati hingga tiada kata maaf yang kami lafazkan. Masing-masing berusaha menegakkan ego masing-masing sehingga rumahtangga jadi panas bagai neraka.
Amat penting untuk aku dan Suhaimi sedari dimana silap yang membuatkan kami tidak bahagia dan mengakui kesilapan itu.Bahagian kelas Kembali Bahagia yang paling memberi kesan kepadaku adalah terapi syukur. Terapi syukur benar-benar mengajar aku mensyukuri sekecil-kecil perkara bermula dengan diriku sendiri sehinggalah kepada segala perkara yang aku miliki dalam hidup aku selama ini.
Rupanya selama ini aku terlalu mengharapkan sesuatu yang luar biasa tanpa aku syukuri semua rahmat dan kebaikan yang ada pada diriku dan di dalam kehidupanku. Aku sentiasa berharap kebahagiaan dan cinta itu datang dari orang lain, sedangkan aku sendiri gagal untuk menghargai dan menyayangi diriku sendiri sewajarnya.
Ajaibnya selepas seminggu aku mengamalkan terapi syukur dengan konsisten berlaku perubahan positif dalam hubunganku bersama Suhaimi. Akhirnya hidup kami sedikit tenang tanpa sebarang pertengkaran, sedangkan selama ini kami akan sentiasa bertelagah walau hanya perkara kecil.
Dalam pada itu aku mengambil keputusan untuk lebih fokus kepada diriku, dan melupakan dahulu perkara-perkara lain. Aku memberi fokus kepada perubahan penampilan dan percakapan terlebih dahulu. Aku pastikan diri aku sentiasa kelihatan kemas dan rapi, tidak seperti dahulu yang sentiasa kelihatan kusam dan membosankan.
Percakapan pula aku belajar untuk bertenang dan berhenti mempertikai atau membantah kata-kata Suhaimi. Aku memilih untuk mendengar dan memberi perhatian kepada setiap ceritanya, tidak sekali-kali membantah kata-katanya. Menariknya Suhaimi kini begitu gemar berkongsi cerita denganku. Dia berkongsi dengan penuh teruja dan gembira. Sungguh aku rasakan diriku kini lebih dihargai dan disayangi.
Suatu ketika dahulu Suhaimi sentiasa mengelakkan diri dariku. Sanggup berada di ruang makan melayan pelbagai aplikasi di telefon pintarnya dan membiarkan aku sendiri di bilik sehingga jam 3 pagi. Aku yang jadi sentiasa risau dan bersangka-sangka sehingga langsung tidak boleh melelapkan mata. Kini hubungan kami jauh lebih baik, keintiman kami kembali.
Suhaimi sudah mula memuji kecantikanku dan sedar aku telah banyak berubah berbanding dulu. Tiada ada lagi perkara yang aku inginkan selain tenang dan bahagia pada usia 50 tahun sehingga ke akhir hayatku. Dengan ilmu yang aku pelajari dalam kelas Kembali Bahagia segalanya tidak lagi mustahil dan inilah rahsia aku semakin cantik dan rumahtanggaku semakin bahagia. Kepada para pembaca tolong jangan percaya ceritaku ini, cuba dahulu sehingga suatu masa nanti anda terpaksa bahagia .
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved