SAYA TAK SEDAR SAYA HILANG DIRI SENDIRI MASA ITU.

Saya Haya (nama samaran) seorang usahawan yang telah sejak bercerai bulan Mac 2020. Dah lama tak rasa “down” sebelum ini, sampailah bila waktu bercerai. Masa itu, rasa macam hilang diri sendiri.Bekas suami pula dah berkahwin dengan janda siam. Dia tidak beritahu saya berkenaan ini. Jadi saya tak dapat terima berita ini sebab masih sayang sangat padanya. Rasa tak boleh nak sakiti hati dia sebab  melukakan hati dia tu sama macam melukakan hati sendiri.

Jadi saya pun menangis je memanjang. Tapi kalau nak ikut perasaan, sampai bila nak begini?  Saya buat keputusan untuk sertai program Pn. Diyana Tahir ini pada bulan Julai 2020.Saya buat latihan yang diberikan bukan untuk orang lain tapi untuk diri saya sendiri sebab saya sedar kena bangun semula. Bila adanya latihan ini, kita boleh ubah diri kita. Kita boleh kenal diri kita yang sebenarnya. Barulah saya sedar kenapa bekas suami saya itu tinggalkan saya dulu. Sebab saya tak sedar saya hilang diri sendiri masa itu.

Walaupun dah bercerai, saya harap anak-anak bahagia dan rapat dengan ayah mereka. Saya dan bekas suami pun dah berbaik semula.  Dia ada cuba nak rujuk balik, tetapi saya menolaknya kerana saya tak nak bermadu.  Perkara yang lepas itu biarlah. Saya sudah tidak kisahkan lagi.Saya nak bagi suasana dengan anak-anak tu biar tenang. Namun dengan gaya saya sebagai “cik kuasa” ni kalau boleh memang nak kawal semua orang. Anak-anak tu lagilah nak dikawal sebab saya rasa saya adalah ibu pada anak-anak.

 

 

 

 

Alhamdulillah, dengan ilmu yang Pn. Diyana Tahir ajar ni kalau anak buat perangai pun kita gunakan teknik “telling the truth” dengan dia. Dia akan datang balik pada kita meminta maaf.Saya dah boleh minta maaf dengan anak sendiri. Kalau dulu mustahil begitu. Sekarang ni, nak marah anak pun rasa tak boleh dah. Anak kedua kami ini lelaki, anak istimewa. Ada kalanya, anak istimewa ini meragam sikit untuk ke sekolah. Kalau dulu memang emosi saya mesti tak stabil. Dia pun samalah. Tetapi sekarang tidaklah begitu, kejut je “abang jom ke sekolah” dia terus bangun. Rasa seronoklah bila dia berkelakuan begini.

Bila kita berusaha untuk buat latihan, dan guru kita pun sebut nama kita selalu, dan dia doa untuk kita, barulah kita boleh berjaya! Sangat berbaloi join program Pn. Diyana Tahir ini.Rugi kalau tak nak sertai. Bila adanya bayaran, mungkin kita rasa mahal. Tak apa, lebih baik cuba dahulu. Latihan yang Pn. Diyana Tahir berikan ini logik akal. Kita kene rajin buat barulah dapat hasil.

 

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1