Assalamualaikum dan salam perkenalan semua wanita-wanita hebat yang membaca perkongsian ini. Sebelum bermula izinkan saya perkenalkan dahulu nama saya Nazahiyah Ismail (bukan nama sebenar kini sudah berusia pertengahan 50-an Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Saya telah berkahwin dengan suami selama 22 tahun kini, pelbagai asam garam telah kami lalui. Sejak dari awal perkahwinan kami berdepan cabaran untuk mengenali antara satu sama lain, perlu bertoleransi menerima buruk baik pasangan. Menginjak pula kepada fasa melahirkan anak dan membesarkan anak-anak, sama seperti ibubapa lain kami juga punya cabaran tersendiri. Bagaimanapun saya bersyukur dengan kerjaya saya sebagai seorang guru dan suami juga seorang pegawai kerajaan tidak pernah meletakkan kami dalam krisis kewangan yang mendesak dan tidak dapat kami tangani. Selepas itu kami lalui pula fasa anak-anak sudah besar panjang dan mula membina keluarga masing-masing, Alhamdulillah semuanya membahagiakan. Namun macam saya katakan tadi sudah pasti setiap perhubungan ada cabaran masing-masing. Rumahtangga kami juga pernah dilambung ombak dan badai, pernah jua hati ini tergurus luka dek kerana gangguan orang ketiga. Begitulah ujian Allah untuk memperkasa iman kita sebagai hambaNya. Allah uji kerana Allah sayang.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved