SEDARI DAN IZINKAN DIRI MENJADI VERSI TERBAIK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum dan salam perkenalan semua wanita-wanita hebat yang membaca perkongsian ini. Sebelum bermula izinkan saya perkenalkan dahulu nama saya Nazahiyah Ismail (bukan nama sebenar kini sudah berusia pertengahan 50-an Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Saya telah berkahwin dengan suami selama 22 tahun kini, pelbagai asam garam telah kami lalui.

Sejak dari awal perkahwinan  kami berdepan cabaran untuk mengenali antara satu sama lain, perlu bertoleransi menerima buruk baik pasangan. Menginjak pula kepada fasa melahirkan anak dan membesarkan anak-anak, sama seperti ibubapa lain kami juga punya cabaran tersendiri. Bagaimanapun saya bersyukur dengan kerjaya saya sebagai seorang guru dan suami juga seorang pegawai kerajaan tidak pernah meletakkan kami dalam krisis kewangan yang mendesak dan tidak dapat kami tangani.

Selepas itu kami lalui pula fasa anak-anak sudah besar panjang dan mula membina keluarga masing-masing, Alhamdulillah semuanya membahagiakan. Namun macam saya katakan tadi sudah pasti setiap perhubungan ada cabaran masing-masing. Rumahtangga kami juga pernah dilambung ombak dan badai, pernah jua hati ini tergurus luka dek kerana gangguan orang ketiga. Begitulah ujian Allah untuk memperkasa iman kita sebagai hambaNya. Allah uji kerana Allah sayang.




Itu serba sedikit pembuka bicara, namun saya tidak berhasrat untuk bercerita panjang soal cabaran dan kelukaan lalu. Saya ingin berkongsi kebahagiaan, kegembiraan dan aspirasi untuk jadi wanita first class kepada anda semua. Bukan kerana saya adalah yang terbaik atau lebih baik dari anda semua, namun saya percaya sisi positif kisah saya ini dapat membantu memberikan sedikit cahaya dan harapan dalam diri anda semua.

Saya mula bertemu dengan Ehati dan join kelas sejak tahun 2015 lagi, nama kelas yang sertai itu pun saya dah lupa. Bagaimanapun kelas tersebut benar-benar memberikan breaktrough kepada saya dalam menjalani kehidupan seharian sehingga kini. Pada awalnya memang saya join kelas untuk dapat ketenangan selepas berdepan masalah rumahtangga. 

Suami saya berhasrat untuk berpoligami ketika itu manakala saya pula tidak membenarkan. Huru-hara juga seketika sebelum semuanya selesai. Baru-baru ini saya sertai semula kelas terbaru di Ehati iaitu Kelas Kembali Bahagia. Kali ini saya join kelas memang bertujuan untuk membantu pembangunan diri saya sendiri. Saya join kelas supaya ilmu yang saya ada dahulu saya boleh ‘upgrade’ dan ‘refresh’ bagi menjadikan saya seorang wanita yang lebih kuat, sabar dan tenang dalam melalui semua cabaran. 




Fasa pertama yang kami jalani dalam kelas memberi peluang untuk saya menganalisis sendiri jenis karakter diri saya untuk saya ketahui kelemahan dan kelebihan diri saya. Menariknya memang ada bahagian diri saya yang selama ini saya masih belum tahu dan explore.Fasa kedua pula saya dan rakan-rakan semakin jelas dengan perjalanan menuju bahagia yang diinginkan.

Pada waktu sekarang tidak ada masalah yang serius antara saya dan suami, Cuma biasalah sebagai manusia sudah pasti ada waktu saya trigger dengan sesuatu topik atau tindakan suami. Apabila sudah semakin berumur pula komunikasi jadi semakin bitter pula. Silap sikit nak melentinglah, nak marahlah padahal perkara kecil sahaja yang terjadi. 

Jadi saya sebenarnya betul-betul nak kuasai teknik untuk ‘switch’ mood ribut taufan saya tu kepada ketenangan dengan lebih mudah dan fasa ketenangan. Dan fasa ketiga kelas pula pelbagai teknik yang Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman ini tunjukkan cara nak capai bahagia itu sendiri. Wah memang mengujakan. Selepas saya amalkan ilmu yang saya peroleh dari kelas kembali bahagia ini Alhamdulillah memang hubungan kami suami isteri ada perubahan yang lebih baik dan saya pun semakin tenang.



Biasalah kalau jadi guru ni menginjak usia hampir berpencen memanglah darah tinggi tu dah macam teman rapat dah. Jadi saya perlu tenang untuk sentiasa sihat. Lepas kelas saya memang tak tunggu lagi, saya jampi suami saya setiap hari. Kalau selama ini dia rasa ada yang kurang dalam hubungan kami, sekarang ni saya pastikan  dia rasa dia adalah hero saya dan anak-anak. Bukan main gembira dia sekarang, hubungan kami dah jauh lebih santai dan dah boleh dibawa bergurau dah. Anak-anak dah takde pening kepala tengok ibu ayah sikit-sikit bertengkar, sikit-sikit merajuk.

Kembali bahagia benar-benar membuka minda dan jiwa saya untuk menerima dengan penuh rasa keberlimpahan setiap perkara yang Allah berikan. Paling saya syukuri adalah pembelajaran semula “self love” saya. Saya dapat refresh semula ilmu-ilmu yang saya pernah pelajari pada tahun 2015 lalu. Self Love ni memang kunci kepada setiap teknik yang ada. Letakkan diri di tempat paling istemewa dalam kehidupan, pastikan diri sentiasa dapat apa yang diperlukan secukupnya.

Mudah sahaja kalau mengantuk tidur, kalau lapar makan, kalau stress rehat dan manjakan diri. Sentiasa jaga penampilann supaya diri rasa gembira dan bahagia. Pekej bersama seorang wanita gembira dan bahagia itu sudah tentulah suami dan anak-anak yang bahagia dan penuh kasih sayang juga. Hentikan keinginan untuk mengubah orang lain mengikut apa yang kita inginkan. Ubah diri kita dahulu dan disitulah bermulanya segalanya. Inilah serba sedikit yang saya kongsikan agar semua wanita di luar sana hargai diri dan kehidupan kita sewajarnya jangan seksa diri dengan menjadi si peminta-minta. Apabila sudah ada ilmu sentiasa commit untuk amalkannya, ingat ilmu tanpa amal ibarat pohon tiada buah. Ilmu ini sangat berkesan dan takkan jumpa di tempat lain pun. Beri peluang untuk anda bahagia sama macam saya.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1