SEKARANG SAYA TAK STRESS MACAM DULU..

Kalau dulu saya kurung diri sampai dua ke tiga minggu ”

 

Saya Syadatina, seorang usahawan.Saya ni cepat marah dan rasa stress. Pernah sekali saya pernah putus tunang. Bekas tunang mita putus. Saya tidak marah dia, saya hanya katakan saya redha. Tapi bila berkata begitu, hanya mulut saja yang berkata begitu, namun lain dihati.Yang ini tunang pertama saya. Rasa sedih terlampau sangat. Rasa stress sampaikan badan pun rasa tidak sihat dan rasa sakit-sakit.

Saya fikir kalau saya stress begini saya rasa diri ini tak boleh pergi jauh. Saya sebagai cikgu sekolah mengajar budak-budak, jadi bila stress nanti apa yang jadi pada budak itu? Saya fikir itu saja.Sehinggalah saya bertemu dengan program Kembali Bahagia. Saya buat latihan seperti Pn. Diyana bimbing. Ada satu latihan untuk memaafkan diri kita. Bila buat latihan-latihan yang diberikan, rasa sudah boleh kawal kemarahan.

Bila saya muhasabah diri semula, mungkin ada perkara yang bekas tunang saya tak selesai tapi dia tidak mahu beritahu sebabnya. Mungkin kerana ego, dia tidak mahu kongsikan dengan saya.Namun saya korbankan diri saya balik. Itu yang buatkan diri saya rasa “fresh” semula. Orang kata kalau nak “move on” itu susah. Tetapi saya boleh.

 

 

 

 

 

 

Kali ini saya putus tunang kali kedua, dengan orang lain. Walaupun dah putus,biasanya mesti ada rasa benci dan takkan berjumpa semula. Namun kali ini saya boleh jadikan dia sebagai kawan biasa. Bekas tunang tu  jadi terkejut pula bila saya begini. Kalau dulu memang saya jenis yang akan marah-marah. Sekarang tidak. Dia pun hairan tengok saya tidak nampak sedih sedikit pun walaupun dah berputus tunang.Takkan nak sedih tidak ada jodoh. Kita dah rancang, tetapi Allah juga merancang. Mungkin Allah nak saya jadi baik dahulu dan banyakkan belajar mencari ilmu.

Kalau dulu lain, asalkan putus mesti menangis dan berkurung dalam bilik sampai dua atau tiga minggu. Sekarang tidak lagi, “cool “ dan tenang saja.Kita nak memberi manfaat pada org lain tetapi macam mana jika diri sendiri pun tidak terjaga? Tidak berguna pun jika menangis. Adakah dia akan fikir tentang saya ini? Saya fikir cara macam inilah sekarang supaya nak jaga diri sendiri.

Nasihat saya, kita kenalah belajar cari ilmu sebanyak-banyaknya. Bolehlah uruskan diri dengan baik bila dah berkahwin. Tak adalah penat sangat nanti.Bila belajar ilmu-ilmu di program Kembali Bahagia, perkara pertama saya dapat ialah kesedaran diri. Saya dapat diri saya yang baru. Saya buang segala sikap sebelum ini yang uka bersangka buruk dan suka marah-marah. Sebelum ini saya suka sangat fikir perkara-perkara yang buruk pada bekas tunang saya. Sampaikan menyangka dia ada kekasih lain.

 

 

 

 

 

 

 

Dalam program Kembali Bahagia, Pn. Diyana berkongsi, sebenarnya diri kita sendiri yang wujudkan keadaan seperti ini. Bila kita fikir itulah yang menjadi doa pada diri kita. Sepanjang belajar saya rasa Allah saja tahu perasaan saya. Saya dapat keajaiban dalam diri saya.Biasanya orang kata, suatu perkahwinan itu, mula-mula saja yang rasa seronok. Bila dah lama melayari perkahwinan itu, banyak pula perhatian pada tanggunajawab. Lama kelamaan, rasa tanggungjawab saja, tak ada rasa cinta dan perasaan sayang tu akan hilang. Kita akan penat mencarinya semula.

Tetapi bila adanya ilmu, kita tahu macam mana dapatkan kasih sayang pasangan kita. Cinta sesama pasangan tidak akan pudar.Bila ada ilmu ni lain, kita akan dapat semai balik perasaan kasih sayang.Duit boleh dicari tapi ilmu tidak akan hadir kalau kita sendiri tak mahukannya. Program Kembali Bahagia ini satu ilmu yang mempunyai banyak sangat keajaiban. Nasihat saya, nak tahu kenalah ikut saja program ini.

 

 

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1