Semua Orang Boleh Ungkap Kata CINTA, Tapi Tak Semua Mampu SETIA!

Curang boleh memberi kesan cukup besar dalam hubungan.

Sama ada anda pernah dicurangi sebelum ini atau hanya ingin memastikan pasangan tetap setia pada masa akan datang, penting sangat untuk anda memahami terlebih dahulu mengapa seseorang lelaki sanggup menipu wanita yang mereka cintai.

Bukan semua tetapi sebilangan besar lelaki memilih untuk jujur kerana mereka tidak lagi sayang atau cinta dengan pasangan. Sebaliknya, lelaki yang sudah berkahwin pula yang selalu ditangkap menipu kerana itu cara mereka memberitahu yang mereka sedang sakit dan tak bahagia dalam hubungan.

 

 

Fitrah lelaki memang nak diri mereka dihormati, nak jadi HERO dan nak rasa tenang bila bersama anda. Jadi wajarlah mereka berpaling arah jika mereka tak dapat hal-hal ni bila bersama dengan anda. 

Kadang-kadang lelaki memilih untuk menipu kerana anda bercakap bahasa cinta yang berbeza dengan mereka. Sebab tu penting untuk anda cari tau apakah bahasa cinta pasangan anda supaya masing-masing saling melengkapi.

Tapi apa pun alasannya baik lelaki maupun wanita mempunyai keperluan semula jadi untuk merasa dihormati dan dihargai oleh pasangan mereka terutama bila dah sah menjadi suami isteri.

 

Perkahwinan bukan hanya untuk melunaskan tanggungjawab batin semata-mata. Ramai beranggapan hanya dengan penuhi kehendak nafsu, ia boleh membuatkan pasangan  bahagia dan tidak lagi berpaling pada orang lain. Jadinya, dengan cara begini ia boleh membantu mengikat kesetiaan suami untuk tidak berlaku curang pada isteri. 

Semuanya terletak pada hati dan hati manusia ni Allah yang pegang. Terlalu menjaga, baik atau bertanggungjawab pasangan pada rumah tangga, kalau ada husna yang datang menempel, tidak mustahil lama kelamaan sebuah kesetiaan boleh tergugat.

Bila suami berlaku curang, anda sebenarnya masih ada cara atau peluang untuk meraih kembali kesetiaan suami dan kembali bahagia seperti dulu dengan menutup kembali ruang yang tercipta antara anda dan suami. Ruang yang menjadi punca utama kepada kebanyakan kes perceraian dan poligami.

 

 

Ramai wanita yang nak kembalikan kesetiaan suami pada diri selepas dicurangi suami dengan poligami dan skandal gagal mengurus emosi mereka dengan baik. Sedangkan ketika dalam kesakitan mereka sendiri yang menolak suami jauh dari mereka tanpa sedar. Padahal masih ada perasaan sayang cuma tak tahu cara betul urus emosi. 

Kesilapan yang biasa anda lakukan adalah berharap suami akan memujuk, merawat, bantu dan fahami diri anda. Saat anda minta cerai pada suami sebenarnya adalah saat anda sedang mengugut suami anda. Walaupun cerai terletak pada suami, tapi keegoan suami mana yang takkan tergugat jika dicabar dengan perkataan cerai. Seorang suami akan rasa loser, tak berguna bila isteri asyik minta cerai.

Seorang lelaki akan merasa sangat rendah diri bila di attack, diherdik, dimarah oleh perempuan. Tak dinafikan semua manusia mahukan kebahagiaan, bila anda dah tak memberi kebahagiaan, suami akan mencari bahagia di tempat lain.

 

 

 

Jadi amat penting untuk anda betul-betul kuasai emotional independent ini, bila emosi dah stabil baru mudah untuk mencari solusi kepada permasalahan yang timbul. Sebab itu penting dalam hubungan kalau nak berdamai masing-masing perlu ambil tanggungjawab walaupun kesalahan sendiri hanya sedikit. 

Bila dah pandai mengurus emosi tak bermakna anda dah menang. Anda kena belajar pula untuk menjadi pencipta kebahagiaan. Dalam erti kata lain anda kena belajar bahagiakan diri dulu dan tak mengharap orang lain bahagiakan anda seperti suami.

Cipta kasih sayang dalam diri dengan sayang dan hargai diri anda. Amat penting untuk mewujudkan kasih sayang dalam diri sebab ramai orang tak independent dengan mengharapkan kasih sayang dari suami semata-mata. Sejujurnya, anda tidak boleh sepenuhnya bergantung pada suami, sedangkan suami anda juga mahukan hal yang sama. 

 

 

Penting untuk seorang wanita menjadi emotional independent. Orang yang terlalu mengharapkan kasih sayang dari orang lain ini ialah orang yang tak menyayangi diri. Sebab itu penting hadirkan kasih sayang dalam diri. Bila anda berjaya hadirkan kasih sayang dalam diri baru fokuskan pada menghargai dan mensyukuri kekuatan diri. Ramai wanita tidak merasa diri mereka hebat dan tidak menghargai diri mereka sendiri. Mereka tak sedar kemampuan diri, sedangkan kekuatan diri lah memberikan keyakinan pada diri.  

Sebab itu penting sangat untuk mulakan proses penyembuhan. Rawat hati anda yang sedang rasa sakit, sedih dan kecewa itu. Sembuhkan fikiran dengan perkara positif, perkara yang boleh menggembirakan anda. Bagaimana? Sebab itu penting untuk belajar menerima kenyataan dan realiti. Berhenti melayan perasaan yang hanya akan memudaratkan kesihatan hati dan fikiran anda. 

Ramai wanita bila diuji dengan masalah memilih menjadi mangsa. Membiarkan diri terus hidup melayan perasaan derita kerana tak ada ilmu perhubungan dan tak tahu apa yang perlu dilakukan sedangkan itu adalah saat penting untuk dia menjadi pencipta kasih sayang. 

 

 

Ramai isteri bila diuji dengan masalah orang ketiga, mereka mengabaikan anak, membenci anak. Menyalahkan anak atas apa yang jadi. Bila anda berbuat demikian sebenarnya suami akan lebih menjauhkan diri kerana seringkali dikaitkan bahawa untuk mengunci hati suami adalah dengan anak, jadi jika anda ingin menjadi isteri pilihan cipta hubungan baik dengan anak.

Penting juga untuk anda mencipta kasih sayang untuk suami dengan memahami kehendak mereka. Cari ilmu bagaimana untuk menyayangi suami dengan cara yang dia harapkan. Beri apa yang suami perlukan, jangan buang masa. Perhatikan suami anda. Ciptakan hubungan intim yang penuh kepuasan kerana dengan hubungan intim lah anda dan suami berkongsi satu connection yang deep. 

Jadi sejujurnya anda juga boleh menjadi sangat bahagia saat anda tahu caranya dan bukan terus dibelenggu masalah yang sama tanpa berbuat apa-apa. Sebab itu penting dalam hubungan kalau nak berdamai masing-masing perlu ambil tanggungjawab walaupun kesalahan sendiri hanya sedikit.

 

 

Berbanding dengan wanita lelaki lebih ramai ditangkap curang. Sebab kami terpanggil untuk berkongsi ilmu dengan anda untuk membantu anda menjadi berani untuk hadapi situasi ini.

Sekiranya anda tidak berpuas hati dalam hubungan, jangan menuding pasangan anda. Ambil tanggungjawab dan lakukan tindakan untuk perbetul apa yang salah dan perbanyak apa yang kurang. Lihat ke cermin dan tentukan apa yang menyebabkan ketidakbahagiaan itu.

Terimalah pasangan anda seperti dia menerima diri anda dan sesuaikan diri anda agar dapat menguruskan hubungan anda dengan lebih baik. Sekiranya pasangan anda masih melanggar salah satu batas anda yang tidak dapat dirunding, meninggalkan mungkin merupakan pilihan anda yang terbaik.

 

Kalau anda NAK DIBANTU..

 

Izinkan kami bantu anda  melalui kelas online.

 

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1