SIAPA KATA SELF LOVE CUMA UNTUK WANITA BERBAHAGIA DENGAN PASANGAN SAHAJA? JOM BACA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kerana menyiarkan perkongsian aku hari ini. Aku teruja untuk berkongsi dengan wanita-wanita hebat diluar sana agar memberi satu perspektif baru ataupun mungkin sedikit pembetulan kepada  perspektif kebanyakkan orang berkaitan dengan ilmu “Self Love”. Bukannya apa kebanyakan perkongsian di Ehati.com ini menceritakan kisah pergolakkan rumahtangga yang kembali pulih selepas mengamalkan ilmu “Self Love” dalam kehidupan mereka. 

Jadi tidak mustahil ada yang berpendapat bahawa “Self Love’ adalah ilmu yang berkesan digunakan dalam memperbaiki hubungan rumah tangga pasangan berkahwin semata-mata . Ingin aku tegaskan di sini ilmu “Self Love” ini adalah ilmu ‘ajaib’ untuk semua orang tidak kira samada pasangan berkahwin, wanita yang sudah berpisah dengan suami bahkan juga termasuk wanita-wanita bujang yang masih muda. Tak percaya? . Baiklah aku perkenalkan terlebih dahulu nama aku adalah Selma yang kini berusia 28 tahun. Untuk makluman semua aku masih ‘SINGLE & AVAILABLE’ dan aku mula mengenal ilmu “Self Love’ yang diajar oleh Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman sejak aku berusia 24 tahun lagi.

Pasti ramai yang pelik kan, apa masalah hubungan yang aku lalui sehingga menemukan aku dengan ilmu yang membantu ramai orang ini. Kisahnya bermula apabila aku mula rasa tidak selesa dengan diriku sendiri, ada sahaja perkara yang tidak kena. Paling ketara adalah aku merupakan seorang usahawan wanita yang berniaga secara dalam talian ketika itu. Demi memastikan perniagaan aku maju dan berjaya macam-macam kelas perniagaan yang aku hadiri.

 

 

 

 

Bagaimanapun aku dapati sukar untuk aku implementasikan ilmu yang aku pelajari dengan berkesan. Akhirnya hasil jualan perniagaan aku tetap juga berada di takuk lama. Keadaan yang berterusan begini membuatkan aku tertanya-tanya, apa yang tidak kena dengan diriku ini sebenarnya?. Kebetulan pula aku pernah menonton video perkongsian Puan Diyana berkaitan dengan topik TRAUMA. Mengamati ciri-ciri individu yang mengalami trauma yang diterangkan oleh Puan Diyana menyebabkan aku rasa aku juga punya trauma.

Salah satu masalah yang paling ketara berlaku pada aku adalah  rasa takut untuk menghadapi sesuatu atau lebih tepat lagi aku jadi kurang keyakinan diri. Selain itu hubungan aku dengan mak aku juga amat bermasalah. Kalau orang selalu cakap kami dua beranak ni ‘panas’, ada sahaja perkara yang tidak kena menyebabkan kami berselisih pendapat. Bukan aku seorang malah kakak aku pun sama. Kami dah macam tag team ‘ memusuhi’ mak kami sendiri. Seram bukan, bagaimana kami selaku anak-anaknya boleh memusuhi ibu kami sendiri. Ini semua berlaku kerana trauma.

Disebabkan perkara-perkara yang aku sebutkan tadi , aku mula berusaha mencari penyelesaian. Pada awalnya aku menyertai kelas eHati Love Intensive –ELI yang dijalankan secara bersemuka selama tiga hari. Kelas ELI memberikan satu turning point yang bagus untuk aku. Namun aku seakan perlukan lebih masa untuk memperbaiki masalah yang aku alami. Sehubungan dengan aku sentiasa mengikuti Circle eHati iaitu satu circle di mana alumni eHati berkongsi misi yang sama untuk kembali bahagia bersama. 

 

 

 

 

Pada suatu hari eHati melancarkan kelas Kembali Bahagia 1.0, bertujuan untuk memberi lebih pendedahan berkaitan pelbagai teknik eHati untuk mencipta bahagia masing-masing. Tanpa membuang masa aku terus sahaja mendaftar memandangkan pada ketika itu promosi harga runtuh sedang berlangsung. Bayangkan kelas yang berharga ribuan ringgit itu, ditawarkan pada harga RM30.00 sahaja, memang rugi kalau aku tak rebut peluang. Dipendekkan cerita , pengisian dalam kelas Kembali Bahagia ini amat menarik. 

Memang sesuai untuk orang seperti aku yang tercari-cari apakah punca sebenar masalah aku dan bagaimana cara untuk aku keluar dari belenggu masalah yang aku hadapi. Ada beberapa teknik yang very powerfull dikongsikan dalam modul kelas ini. Aku memilih untuk fokus kepada ‘Self Love’ terlebih dahulu. Kalau diikutkan hukum ilmu eHati ni, ‘Self Love” memang peringkat pertama yang kau kena master ilmunya.Mungkin bagi sesetengah orang bila dengar berkaitan ilmu “ self love” ni rasa macam alahai itu je? Aku pun tahu. Haa ini aku bagitahu apa beza “self love “ yang kau orang tahu dengan “Self Love’ yang aku pelajari ini. 

Menuntut ilmu ni peraturan pentingnya adalah BERGURU. Jadi dalam kelas kembali bahagia kami memang diajar step by step oleh Puan Diyana, ini bagi memastikan kami faham dan boleh membadani ilmu tersebut. Bukan sekadar tahu sebaliknya beramal dengan ilmu yang kami tahu sehingga ilmu berkenaan sebati dengan diri dan kehidupan harian. Melalui cara ini, ilmu yang dipelajari akan menunjukkan keberkesanan yang optimum. Masih tak percaya? Baiklah aku akan ceritakan kejayaan yang aku peroleh selepas menyertai kelas kembali bahagia. Pertama sekali aku menjadi ‘orang baru’ iaitu versi diri aku yang lebih baik, senang cerita aku panggil upgrade version of myself.

 

 

 

 

Kalau dahulu aku sentiasa rasa diri aku ni tak bagus, looser dan sentiasa menyusahkan orang lain. Bukan itu sahaja minda yang sakit tu menyebabkan fisiologi aku pun terjejas. Aku jadi tak boleh tidur malam, macam insomnia la kiranya dan apabila siang aku mula mengantuk serta tidak bertenaga. Kejadian seperti ini akan menyebabkan aku ada masalah dengan orang sekeliling sebab semua orang ingat aku malas. Masalah kesihatan aku tak berakhir di situ ya, badan aku tiba-tiba aku jadi kebas-kebas.  Sehingga doktor mendiagnosis aku menghidapi masalah saraf dan berkemungkinan lumpuh jika tidak dirawat.

Dahsyat bukan? Aku pun terkedu apabila menerima berita itu. Semua ni berlaku apabila saluran darah pada tubuh aku tersumbat disebabkan oleh gaya hidup aku yang tidak teratur sebagaimana yang aku ceritakan tadi. Apabila kurang pergerakkan, banyak sakit mulalah berat badan pon naik secara konsisten, sedangkan waktu itu usiaku baru 24 tahun. Sangat muda!. Berbalik semula kepada apa ilmu ‘self love’ ini buat pada aku.

Selepas aku meletakkan diri aku menjadi keutamaan berbanding semua perkara lain, aku pastikan aku mengamalkan gaya hidup yang sihat. Aku pastikan makanan yang aku ambil mengandungi nutrisi yang mencukupi untuk tubuh aku. Keduanya dengan rasa mindfull aku perlahan-lahan mengubah gaya hidup yang lain. Aku pastikan aku dapat tidur yang cukup, rehat secukupnya, aku bersenam setiap hari walau sekadar briskwalk di dalam kawasan taman perumahan aku.

 

 

 

 

Ajaibnya perubahan yang berlaku pada aku adalah, sewaktu aku menghadiri temujanji dengan doktor yang merawat aku di hospital, keputusan ujian aku mengalami perubahan yang mendadak. Bukan perubahan buruk tau, perubahan yang amat baik berbanding sebelumnya sehingga doktor pun terkejut. Syukur Alhamdulillah aku masih boleh memperbaiki kualiti hidup aku di usia yang masih muda. “self love’ ini juga merangkumi terapi syukur untuk membina kekuatan diri dari dalam.memang yakin dan berusaha untuk melakukan terapi syukur secara konsisten. 

Aku syukuri setiap rahmat yang Allah kurniakan kepada aku dengan penuh rasa keberlimpahan. Akhirnya perubahan yang aku harapkan hadir jua. Hubungan aku dengan mak aku semakin baik, sudah tidak lagi seperti sebelum aku menyertai kelas kembali bahagia. Kalau gambarkan dengan skala bahagia antara 1-10, dahulu skala bahagia aku dengan keluarga aku khususnya mak aku hanya 3/10 sahaja. Kini dengan bangganya aku boleh katakan skala bahagia aku sudah mencapai 7/10.
Perubahan yang amat aku syukuri dan membahagiakan. Bukan maksudnya aku langsung tidak marah lagi kepada mak aku. Cuma apabila aku trigger aku dalam keadaan yang sedar. Jadi aku boleh kawal reaksi aku terhadap perkara berkenaan. Sebagai orang yang belajar dan menuntut ilmu sudah pasti aku yang perlu berubah terlebih dahulu selepas aku fahami trauma yang kami masing-masing miliki. Masakan aku ingin paksa mak aku yang dah berusia 60 tahun itu untuk berubah pula. 

 

 

 

 

 

Aku memilih untuk bertolak ansur dan berbelas kasih dengan mak aku. Semoga dia bahagia dan tenang seperti aku satu hari nanti. Keyakinan diri aku juga banyak berubah, aku jadi lebih positif, tenang dan penuh kasih sayang. Siapa sangka ‘self love’ ini membuatkan aku kembali menjadi seorang wanita yang ‘worth it’.

Semoga dengan perkongsian aku ini ramai lagi rakan wanita di luar sana berminat untuk mendalami ilmu ini. Bukan kerana orang lain sebaliknya untuk kebahagiaan diri sendiri. Jangan salah tanggapan bahawa ilmu ini untuk wanita berkahwin dan ingin memperbaiki hubungan rumahtangga sahaja. 

Ilmu ini adalah makanan rohani dan diri untuk menjadi the best version of ourselves. Jangan percaya cakap aku, kau orang belajar dulu dan lihat kesannya nanti. Jangan cari aku pula apabila kau orang terpaksa bahagia. Syukuri dan nikmati sahaja, percayalah aku juga tumpang bahagia kalau perkongsian aku ini yang membuka hati kalian. Salam sayang dari Selma.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1