Boleh Ke MENGADU Masalah Rumah Tangga Pada Orang Lain? Adakah Ianya Buka AIB?

Bila ada masalah terutama masalah rumah tangga sangat penting untuk elakkan dari tersebar.

Tujuannya supaya tak mengaibkan mana2 pihak dan sangat tak digalakkan untuk anda rujuk masalah pada sembarangan orang.

Sebab tu kalau ada masalah, tolong rujuk pada pakar atau orang yang boleh membantu.

Mesti ramai kat sini yang kalau ada masalah wajib cerita dengan mak, kakak atau adik dan kawan2. Betul tak?

Sebenarnya bukan tak boleh cuma tak digalakkan. Sebab apa?

Memang kita rasa kawan kita baik atau mungkin keluarga kita sayang kita tapi hakikatnya mereka takda KEPAKARAN tu.

Ramai orang fikir lebih baik aku rujuk pada,

“mak dan ayah sebab mereka tau apa yang terbaik” atau

“adik beradik sebab mereka lebih mengenali aku” atau 

“kawan baik sebab mereka memahami dengan aku”

Kalau ikutkan memang betul tapi anda yakin ke pendapat mereka adalah yang terbaik untuk anda?

KECUALI

Mereka semua adalah pakar dalam mengurus konflik perhubungan. 

Tapi kebanyakan orang dia bukan pakar malah takda ilmu pun tapi lebih kepada memandai-mandai. Ini bahaya! 

Sebab bila tak tahu kisah sebenar tapi hanya tahu dari sebelah pihak sahaja mereka cenderung memberi pandangan yang hanya fokus pada sebelah pihak sahaja, tidak menyeluruh. Ini seperti berat sebelah..

Jadi kebanyakan hanya akan memberikan pendapat yang kurang tepat.

Apa yang lebih teruk dan menyakitkan adalah bila anda bercerita pada orang yang salah.

Kesilapan ramai wanita memilih kawan baik sebagai tempat mengadu masalah yang akhirnya mengambil kesempatan ke atas diri anda dengan memancing suami anda pula.

Haa.. tak takut ke?

Kes2 macam ni sangat kerap berlaku kerana terlalu percaya dan berharap pada orang yang salah.

Kami terima banyak sangat luahan isteri2 yang mengadu kawan baik sendiri curang dengan suami, dimadukan oleh kawan baik sendiri dan ada yang kawan baik sendiri terlanjur dengan suami. Sedih kan? Tapi ianya memang berlaku!

Tapi kenapa?

Kerana ramai wanita diluar sana sebenarnya sakit, hati kosong, dan laparkan perhatian jadi mereka sebenarnya mencari KESEMPATAN.

Mereka mencari tempat untuk mereka mendapatkan secebis kasih sayang dan perhatian.

Kesilapan anda pula adalah MENGADU pada orang yang sedang mencari peluang tu.

Dimata mereka suami yang anda asyik merungut tu mungkin adalah yang terbaik untuk mereka. Mungkin bagi mereka kekurangan dan kelemahan suami anda tu adalah ciri2 yang mereka idamkan.

Bila anda share hal2 yang anda tak suka tentang suami seolah2 anda dah tak nak dengan suami jadi mereka merasa ada peluang.

Jadi apa nak buat sekarang?

BERHENTI MENGADU MASALAH di media sosial dan orang2 yang bukan pakar dalam perhubungan.

Dari anda mengadu-ngadu yang tak dapat solusi pun bahkan lagi membuka aib lebih baik anda rujuk pada yang lebih pakar.

SETIDAKNYA AIB ANDA TERPELIHARA!

Berhenti mengadu pada pihak yang salah..

Izinkan kami bantu anda secara PERCUMA sahaja melalui kelas online.

Klik link di bawah kalau nak tahu next step apa patut anda buat


KLIK SEKARANG

Share

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn
Share on whatsapp
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?


Baca Selanjutnya

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!


Baca Selanjutnya

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’


Baca Selanjutnya

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?


Baca Selanjutnya

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”


Baca Selanjutnya

LOGO EHATI-love

Copyright © 2020 eHati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1