TENANG KUNCI MENANG

Assalamualaikum dan apa khabar semua?. Apa Khabar hati anda hari ini?  Saya harap semua pembaca berada dalam keadaan tenang dan bahagia. Mungkin ramai yang biasa mendengar frasa ini “Semoga kau selamat, Semoga kau Bahagia dan Semoga kau Disayangi” ini doa ikhlas saya untuk anda semua. Saya sengaja memulakan perkongsian kisah hati saya hari ini dengan frasa-frasa positif yang menenangkan supaya matlamat untuk menceritakan situasi sebenar ‘Tenang Kunci Menang’ dapat disampaikan dengan sempurna. Terlebih dahulu saya perkenalkan nama saya adalah Adeera (bukan nama sebenar) berusia 38 tahun dan bekerja sebagai seorang jururawat. Alhamdulillah saya telah mendirikan rumahtangga dengan Hafiz (bukan nama sebenar) selama 13 tahun dan mempunyai tiga cahaya mata. Rumahtangga kami bahagia dan aman Alhamdulillah tiada perkara yang mustahil untuk kami hadapi sepanjang bersama. Bagaimanapun, dugaan rumahtangga pasti berlaku tanpa mengira siapa pun kita.

 

Ok kisahnya bermula begini, kehidupan kami sederhana dan dari segi pendapatan Hafiz tidaklah begitu mewah menyebabkan dia mengusahakan perniagaan burger menggunakan ‘food truck’.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1