Assalamualaikum dan apa khabar semua?. Apa Khabar hati anda hari ini? Saya harap semua pembaca berada dalam keadaan tenang dan bahagia. Mungkin ramai yang biasa mendengar frasa ini “Semoga kau selamat, Semoga kau Bahagia dan Semoga kau Disayangi” ini doa ikhlas saya untuk anda semua.
Saya sengaja memulakan perkongsian kisah hati saya hari ini dengan frasa-frasa positif yang menenangkan supaya matlamat untuk menceritakan situasi sebenar ‘Tenang Kunci Menang’ dapat disampaikan dengan sempurna. Terlebih dahulu saya perkenalkan nama saya adalah Adeera (bukan nama sebenar) berusia 38 tahun dan bekerja sebagai seorang jururawat.
Alhamdulillah saya telah mendirikan rumahtangga dengan Hafiz (bukan nama sebenar) selama 13 tahun dan mempunyai tiga cahaya mata. Rumahtangga kami bahagia dan aman Alhamdulillah tiada perkara yang mustahil untuk kami hadapi sepanjang bersama. Bagaimanapun, dugaan rumahtangga pasti berlaku tanpa mengira siapa pun kita.
Ok kisahnya bermula begini, kehidupan kami sederhana dan dari segi pendapatan Hafiz tidaklah begitu mewah menyebabkan dia mengusahakan perniagaan burger menggunakan ‘food truck’ di kawasan berhampiran rumah kami bagi menambah pendapatnya.
Aku dan anak-anak sentiasa menyokong usahanya, kebiasaannya seminggu sekali kami anak- beranak akan ke gerai burger Hafiz untuk menemankannya berniaga. Jadi aktiviti makan burger Hafiz seminggu sekali sudah menjadi kebiasaan kami sekeluarga. Bukan hendak memuji suami sendiri tetapi burger Hafiz memang agak sedap dan enak dimakan ketika bersantai bersama keluarga.
Segalanya berjalan seperti biasa sahaja cuma baru-baru ini aku menyedari ada perubahan sikap yang berlaku pada Hafiz. Tidak begitu ketara namun sebagai isteri sudah tentu aku menyedarinya. Hafiz jadi sedikit pemarah dan jarang melayan anak-anak seperti kebiasaannya. Dia juga tidak lagi menelefon atau menghantar mesej kepada aku sewaktu dia berniaga.
Sedangkan sebelum ini Hafiz dan aku akan sentiasa menghubungi antara satu sama lain bersembang seketika sementara menunggu Hafiz pulang berniaga kira-kira jam 12 malam hingga 1 pagi setiap hari.Selain itu, Hafiz juga mula melarang kami anak beranak untuk meluangkan masa seperti kebiasaan di kawasan food truck dia berniaga.
Saya memang pelik dengan perangai dia, sehinggakan adakalanya walau dia melarang saya dan anak-anak datang kami tetap juga kesana. Tetapi apabila sampai disana dia sering buat-buat sibuk, kononnya begitu banyak kerja yang perlu dilakukan. Sedangkan saya sudah masak benar dengan cara dia berniaga, sibuk atau tidak semua dalam poket saya sahaja. Keadaan ini berlarutan sehingga kira-kira enam bulan.
Perubahan tingkah laku Hafiz ini seakan-akan satu ‘alarm’ kepada saya kerana sebagai isteri sudah pasti naluri saya akan merasakan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Apabila ditanya sekiranya ada sebarang masalah berlaku jawapan Hafiz mudah sahaja “tiada apa-apa” itulah jawapan yang diberikan setiap kali saya bertanya. Rupa-rupanya ternyata ada udang disebalik batu.
Nak dijadikan cerita pada suatu pagi ketika Hafiz sengan mandi saya tergerak hati hendak menyemak telefon bimbit Hafiz, perkara yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Mengakses telefon bimbit Hafiz tidaklah sukar kerana semua kata laluan tidak pernah jadi rahsia antara kami.Pada mulanya tiada perkara pelik kelihatan cuma saya perasan ada satu mesej di aplikasi whats apps kepada sepupunya.
Saya memang kenal Hafiz, dia bukan jenis yang rajin berwhats Apps dan sebagainya, jadi saya buka mesej berkenaan. Hafiz rupanya bertanya pendapat kepada kakak sepupunya ,berhubung dengan status whats apps si ‘Husna’(nama samara orang ketiga” cinta hati barunya. Status whats Apps ‘husna’ berbunyi “B kau adalah pelangi yang menerangi hidupku”. Berderau juga darah ketika membacanya dan dalam hati saya berkata “ dah kenapa laki aku pula yang menerangi hati kau ni?”.
Saya berusaha untuk mengawal perasaan dan kembali tenang supaya segala tindakan saya berada dalam kawalan. Mungkin kerana kerjaya saya sebagai jururawat selama 20 tahun membantu saya menjadi seorang yang sentiasa sabar dan tenang berdepan pelbagai situasi yang tidak disangka. Saya diamkan sahaja dan menunggu Hafiz sendiri berterus-terang dengan saya berhubung perkara ini.
Malam itu saya ambil masa berdoa selepas solat meminta petunjuk Allah untuk melakukan tindakan seterusnya. Adakah saya perlu menghubungi ‘husna’ itu dan mencari kebenaran sendiri atau mengabaikan sahaja semua perkara yang saya tahu. Selepas berfikir semasaknya saya membuat keputusan menghubungi ‘husna’ dan pertanyaan saya dimulakan dengan penuh sopan dan tenang.
Selepas memberi salam saya terus kepada persoalan utama “ boleh saya tahu siapa B tu dengan awak”. Jawapan yang saya terima pula bertubi-tubi bertanyakan siapa saya. Drama soal menyoal berlaku dan’ Husna’ di sebelah sana kedengaran begitu panik. Rupa-rupanya dalam waktu dia sedang bermesej dengan saya dia sempat menefon suami saya untuk bertanyakan siapa yang menelefonnya.
Saya memilih untuk kekal tenang, segala persoalannya saya bidas satu demi satu dengan tenang dan saya kembali lagi kepada persoalan utamanya.Jujur saya menghubungi ‘husna’ bukan untuk marah-marah atau menyerangnya. Saya Cuma ingin mengetahui kebenaran, itu sahaja.
Selepas mengetahui daripada Hafiz bahawa saya adalah isteri Hafiz , ‘husna’ sekali lagi mengesahkan jawapan dengan saya dan dengan tenang saya menjawab “ ya saya isteri dia dan kami ada anak tiga orang dah pun”. Selepas membaca jawapan saya apa lagi ributlah si “Husna’ menangis-nangis dalam voice note mengaku kononnya dia tidak tahu bahawa hafiz sudah berkahwin kononnya Hafiz mengaku bujang sebelum ini.
Saya tahu dia berbohong dengan kenyataan tidak tahu Hafiz adalah lelaki yang sudah berkahwin. Bagi saya cukuplah mengetahui kebenaran yang saya cari, selepas ini saya cuma perlu berdepan dan mengetahui apa pula kata Hafiz. Bagaimanapun, ekoran kantoi bercinta dengan suami orang, si Husna meroyan dan memberikan mesej voice note kepada saya sehingga tengah malam.
Rupanya si Husna adalah ibu tunggal anak dua yang telah empat tahun berpisah dengan suaminya. Pelbagai janji dikatakan kepada saya termasuklah janji untuk meninggalkan Hafiz selamanya. Jawapan saya mudah, saya bukan berniat nak mencampuri urusan hubungan mereka berdua sebaliknya sekadar inginkan kepastian perkara yang berlaku.
Saya menghubungi Hafiz dan menunggunya di rumah namun sehingga selepas subuh barulah dia sampai kerumah kerana tidak sanggup berdepan dengan saya.Setibanya dirumah pelbagai drama pula yang berlaku, dengan si Husna dan Hafiz bergaduh di telefon dan sebagainya. Saya tanyakan Hafiz soalan ringkas berkaitan hubungan mereka, dia akhirnya mengalah dan menjelaskan.
Mereka kenal di tempat kerja bermula sebagai kawan biasa dan kemudian semakin rapat sehingga bercinta. Kata Hafiz pada April lalu dia sudah merancang untuk bertemu keluarga Husna dan ingin melangsungkan perkahwinan. Katanya “apa nak jadi pun jadilah”. Ya pedih untuk saya terima tetapi saya tetap tenang dan perlahan-lahan saya hadam segala kata-katanya.
Hafiz nekad walau dia ada saya dia tetap tidak akan melepaskan ‘husna’. Saya menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan saya katakan, kalau itu sudah keputusan dia saya terima. Tetapi saya juga ada keputusan sendiri kerana selama ini saya tahu hafiz amat maklum dengan status kewangannya yang tidak begitu stabil dan saya adalah orang yang sentiasa membantunya.
Jadi saya tahu Hafiz tidak mampu untuk menampung dua keluarga. Saya tidak mahu bermadu jadi keputusan terbaik adalah untuk Hafiz melepaskan saya dan membina hidup baru dengan Husna.Hafiz enggan menceraikan saya. Demi kasih sayang kepada anak-anak kami teruskan hidup sebumbung. Suka atau tidak kehidupan ini kami teruskan dalam keadaan yang melukakan dan tidak lagi bahagia dan tenang seperti dahulu.
Meskipun tidaklah berperang dan huru-hara kerana saya memilih untuk berkompromi dan bertolak ansur namun hati ini Allah sahaja yang tahu. Saya amat terluka dan rasa tidak selamat selepas dicurangi Hafiz. Ketika itulah saya bertemu dengan program Kembali Bahagia di laman Facebook. Tanpa membuang masa saya terus mendaftar dan mengikuti kelas dalam talian yang dijalankan selama tiga hari.
Sebagai seorang jururawat sejujurnya saya tidak punya banyak masa untuk menghadiri kelas secara live sentiasa. Jadi setakat yang sempat saya hadiri dan pelajari saya fokus sepenuhnya kepada teknik “Self Love”. Saya membuat keputusan untuk mengubah diri saya menjadi yang terbaik. Selalunya saya akan berkira-kira untuk berbelanja barang saya sendiri kerana memikirkan anak-anak dan keluarga. Sekarang tidak lagi, apa sahaja yang saya inginkan saya pasti beli.
Saya beli dengan duit saya sendiri tanpa perlu meminta daripada Hafiz. Apa sahaja perkara yang baik dan membahagiakan saya terus saya lakukan tanpa banyak soal.Menariknya kerana ilmu Self Love ini saya berusaha menjaga penampilan dengan berdiet dan bersenam. Paling menakjubkan usaha ini membuatkan berat saya turun 11 kilogram dalam masa beberapa bulan sahaja.
Bonus apabila toksin dalam badan dah dibuang , hormon gembira semakin meningkat wajah saya kelihatan lebih muda dan berseri macam zaman anak dara dahulu. Melihat perubahan saya Hafiz jadi bimbang, kini dia tidak lagi seperti dahulu yang tidak habis-habis mengejar “husna”. Suatu hari Hafiz berkata dengan anak kami yang sulung “ Lain macam ibu kau sekarang ya, kemain melawa takut aku tengok”.
Kata-kata dia saya balas dengan nada bergurau “ Eh kenapa? Saya kalau ada orang lain nak ok je”. Sengaja saya trigger dia supaya dia faham apa yang saya rasa. Hasilnya sekarang Hafiz asyik melekat dengan saya, dah seperti belangkas ibaratnya. Selain Self Love saya juga sentiasa jampi Hafiz, walau untuk perkara remeh temeh saya tetap ucapkan terima kasih. Suara dan lenggok percakapan saya juga telah saya lembutkan. Tidak lagi seperti dahulu kedengaran seperti tiada perasaan.
Nak tau apa hasilnya jampi yang saya amalkan?. Jangan jeles tau sekarang Hafiz akan telefon sejam sekali untuk berbual dengan saya ketika meniaga burger. Bukan setakat telefon biasa sahaja bahkan kami bergayut lama macam waktu bercinta dahulu. Bukan itu sahaja semenjak saya mengubah cara percakapan dan berlembut dengan dia , dia juga jadi semakin manja dengan saya.
Siapa sangka saat hubungan rumahtangga diuji dengan kehadiran ‘Husna’ cinta sejati kami semakin teguh dan subur semula. Tidak pernah saya sangka dengan menyayangi dan memberi sepenuh perhatian pada diri sendiri boleh mengubah hidup kita menjadi begitu menakjubkan.
Bukan sekadar hubungan dengan suami sahaja jadi penuh cinta dan kasih sayang, di hospital tempat saya bertugas sangat ramai yang menegur perubahan diri saya. Tubuh badan yang semakin langsing dan wajah yang semakin berseri-seri buat semua orang tertanya-tanya apa yang saya lakukan dengan diri saya.
Malah ada yang tidak percaya usia saya sudah 38 tahun dan ada anak tiga. Sampai ada yang cakap “ kau yang dulu tu dah taka da, berubah 360 darjah perubahan yang baik”. Wahhh terima kasih Kembali Bahagia, Terima Kasih Ehati. Fahamkan apa maksud ‘tenang kunci menang?”. Kini kami sekeluarga bahagia semula tanpa ‘husna’.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved