Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang buat wanita-wanita terbahagia semua. Terima kasih sudi membaca perkongsian kisah hati saya di ruangan ini. Saya perkenalkan nama saya Suzie berusia akhir 30-an. Saya bekerja sebagai seorang kakitangan kerajaan dan saya juga telah berkahwin dengan suami selama 14 tahun. Biasalah alam rumahtangga pasti ada sahaja dugaan yang datang bak lirik lagu Tan Sri P Ramlee ‘sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri’. Alah bisa tegal biasa kata orang, namun semakin lama bersama dalam alam rumahtangga ini semakin sulit pula untuk saya fahami. Baru-baru ini rumahtangga kami sekali lagi dilanda badai apabila saya mengetahui suami saya punya hubungan cinta dengan wanita lain secara senyap-senyap. Kisah drama rumahtangga biasa kan, sudah pastilah sebagai isteri saya rasa kecewa dan terdera dengan tindakan suami. Lebih-lebih lagi sebelum perkara ini berlaku hubungan antara saya dan suami tidaklah begitu baik. Suami sentiasa mengelak untuk berkomunikasi dengan saya. Selalunya kalau saya cuba berkomunikasi dengannya dia abaikah sahaja seolah-olah saya tak wujud. Pernah juga saya push dia untuk tahu apakan punca sebenar dia jadi begitu dingin seperti semua perkara jadi tidak kena antara kami. Malangnya dia diam seribu bahasa juga, tiada sebarang jawapan diberikan.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved