Assalamulaikum dan apa khabar semua. Mohon berkongsi kisah luahan hati aku di sini. Nama aku Radhwa (bukan nama sebenar) berusia dalam lingkungan 30-an. Aku pernah berkahwin sebelum ini dengan bekas suami dan dikurniakan dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan pertama aku gagal disebabkan pelbagai masalah yang tidak dapat kami selesaikan dengan baik. Aku tidak mahu menyalahkan bekas suami semata-mata kerana dalam perhubungan pasti kedua-dua pihak ada salah silapnya. Tetapi tidak mengapa aku redhakan semua yang terjadi dan terima takdir Allah bahawa jodoh kami tidak panjang. Meskipun sudah berpisah jujur aku akui perasaan takut dan trauma daripada hubungan lama masih berbekas di hatiku. Bagaimanapun aku bersyukur kerana aku masih punya kekuatan dan tidak serik untuk membina hubungan baru dengan insan lain yang menyayangi dan mencintaiku dengan ikhlas. Selepas bercerai aku berkenalan dengan Saiful ( bukan nama sebenar), usia kami hampir sebaya namun Saiful masih bujang dan belum pernah berkahwin. Sifatnya yang sentiasa tenang dan matang mebuatku rasa selesa dengannya. Tidak pernah aku merasa kekurangan diriku waktu kami bersama, semuanya indah dan membahagiakan sama seperti pasangan lain yang bercinta. Apa yang membuatkan aku begitu tertarik dengannya adalah Saiful begitu pandai melayan kerenah anak-anakku. Tidak sedikit pun dia kelihatan kekok atau menunjukkan rasa tidak senang dengan anak-anakku.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved