Assalamulaikum dan apa khabar semua. Mohon berkongsi kisah luahan hati aku di sini. Nama aku Radhwa (bukan nama sebenar) berusia dalam lingkungan 30-an. Aku pernah berkahwin sebelum ini dengan bekas suami dan dikurniakan dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan pertama aku gagal disebabkan pelbagai masalah yang tidak dapat kami selesaikan dengan baik.
Aku tidak mahu menyalahkan bekas suami semata-mata kerana dalam perhubungan pasti kedua-dua pihak ada salah silapnya. Tetapi tidak mengapa aku redhakan semua yang terjadi dan terima takdir Allah bahawa jodoh kami tidak panjang. Meskipun sudah berpisah jujur aku akui perasaan takut dan trauma daripada hubungan lama masih berbekas di hatiku. Bagaimanapun aku bersyukur kerana aku masih punya kekuatan dan tidak serik untuk membina hubungan baru dengan insan lain yang menyayangi dan mencintaiku dengan ikhlas.
Selepas bercerai aku berkenalan dengan Saiful ( bukan nama sebenar), usia kami hampir sebaya namun Saiful masih bujang dan belum pernah berkahwin. Sifatnya yang sentiasa tenang dan matang mebuatku rasa selesa dengannya. Tidak pernah aku merasa kekurangan diriku waktu kami bersama, semuanya indah dan membahagiakan sama seperti pasangan lain yang bercinta. Apa yang membuatkan aku begitu tertarik dengannya adalah Saiful begitu pandai melayan kerenah anak-anakku. Tidak sedikit pun dia kelihatan kekok atau menunjukkan rasa tidak senang dengan anak-anakku.
Hubungan kami berjalan lancar dan baik selama bertahun-tahun sehingga akhirnya kami membuat keputusan bernikah. Namun perancangan kami tidaklah semudah disangka apabila bapa Saiful tidak berkenan dengan status aku sebagai ibu tunggal untuk bernikah dengan anaknya yang masih bujang. Bapa Saiful mahukan anaknya berkahwin dengan anak dara yang dianggap selayaknya menjadi isteri Saiful.
Meskipun begitu sudah tertulis Allah tetapkan jodoh antara aku dan Saiful, kami selamat mendirikan rumahtangga dua tahun lalu dalam majlis yang serba sederhana. Meskipun perkahwinan kami tidak begitu disukai bapanya namun kami bahagia. Sehingga sampai satu waktu Saiful berkahwin jua dengan seorang lagi wanita lain, yang merupakan anak dara sebagaimana yang diinginkan bapa Saiful.
Apalah yang boleh aku katakan nasi sudah menjadi bubur, suka atau tidak aku perlu hidup dengan hakikat itu. Pada waktu itu aku rasa benar-benar kecewa, rasa diri ini tidak dihargai dan tidak diperlukan. Kerana kini suamiku yang dicintai sudah punya orang lain yang bertakhta dihatinya. Trauma aku dalam pernikahan lalu juga trigger kembali. Aku rasa amat takut, bagaimana jika satu hari nanti Saiful meninggalkanku?.
Bagaimana untuk aku berdepan semua ini, demi Allah rasa sakit dan kecewa ini tidak dapat aku tanggung lagi. Hanya air mata yang menjadi peneman diriku. Hubungan aku dengan Saiful sudah pasti terjejas, pantang aku lihat wajahnya pasti amarah dan kecewaku rasa membuak-buak. Tergamak dia mengkhianatiku sedangkan selama ini dia tahu segala seksa dan sengsaraku dalam pernikahan pertamaku.
Dahulu Saiful berjanji akan menjagaku, menyayangiku dan mencintaiku tanpa berbelah bahagi, sehingga aku benar-benar percaya dan jatuh cinta dengannya. Kini aku diduakan olehnya, apa yang boleh aku lakukan lagi?. Saban hari aku menyalahkan diriku atas perkara yang berlaku. Mungkin aku memang malang dan wanita yang tidak layak bahagia. Semua yang aku lakukan serba tidak kena menyebabkan hidup aku serabut sentiasa. Disebabkan kekecewaan yang begitu perit , suami dan anak-anak tidak lagi aku endahkan.
Hidup aku seharian cuma tidur dan kemudian bangun untuk bekerja. Tugasku sebagai seorang perunding kecantikan di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara menuntut aku untuk sentiasa tampil rapi dan cantik. Namun semua itu tidak aku pedulikan lagi, aku hadir bekerja dengan wajah tanpa make up dan mata yang sembap setiap hari. Nasib baik rakan-rakan sekerjaku memahami masalahku.
Rasa sakit ini semakin hari membuatkan aku menyimpan dendam terhadap maduku. Setiap hari pasti aku akan ‘stalk’ facebooknya. Tidak cukup dengan itu aku meminta rakan-rakanku di tempat kerja membuat perkara yang sama. Aku dah jadi seperti ditektif pula ingin menyiasat apa sahaja maklumat tentang maduku. Aku kononnya ingin mencari jawapan mengapa suamiku boleh jatuh cinta dan berkahwin dengannya.
Usaha kami ternyata sia-sia sahaja kerana maduku tidak pernah update sebarang post di facebooknya. Hubungan kami suami isteri semakin renggang, manakan tidak apabila dia pulang ke rumah pasti kami bertengkar dan aku akan menangis-nangis mempersoalkan tindakannya. Pada ketika itu aku benar-benar rasa putus harap untuk meneruskan hubungan rumahtangga kami. Setiap hari aku permintaan cerai bermain di bibirku dan aku rasakan itu adalah penyelesaian terbaik yang boleh menyebabkan aku hidup tenang semula.
Memang aku tidak mahu lagi berkahwin “LELAKI SEMUANYA SAMA!!!”. Disebabkan kemurungan aku semakin serius anak-anakku turut jadi mangsa, pantang buat silap pasti aku akan memukul mereka. Kasihan anak-anakku namun aku tidak mampu mengawal amarah yang menggunung ini. Aku rasa diri aku benar-benar looser. Tidak mampu jadi isteri yang baik, rumahtangga pertama gagal, yang kedua pula aku dimadukan, anak-anak pun aku tidak mampu jaga dengan baik. Untuk apalah lagi aku hidup di dunia ini.
Allah swt akhirnya menjawab doa dan rintihanku selama ini dengan melorongkan aku kepada ilmu Ehati. Aku temui perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman di youtube ketika aku sedang mencari-cari tips untuk mendapatkan ketenangan hati dan membina rumahtangga bahagia. Tanpa membuang masa aku mendaftar untuk menyertai Kelas Kembali Bahagia secara dalam talian.
Hari pertama kelas begitu menyentuh hatiku dan membuatkan aku seolah-olah terjaga dari mimpi ngeri yang panjang. Dari situ aku sedari betapa selama ini aku mengabaikan diriku sendiri dan mengizinkan diriku terus bersedih dan terseksa. Kekecewaan dan kesedihan membuatkan aku tenggelam di dalam kehidupan yang menyakitkan sedangkan aku punya pilihan untuk hidup bahagia jika aku mahu.
Aku diajar berkenaan dengan Self Love yang aku abaikan selama ini step by step. Dengan ilmu dan kesedaran yang aku perolehi aku mula mengorak langkah perubahan. Aku kembali menjaga diriku dengan penuh perhatian dan kasih sayang semula. Aku beri perhatian pada diriku ,aku ketepikan fikiran-fikiran negatif yang selama ini bersarang di benakku.
Aku luangkan masa untuk aku shopping dan beli baju dan pelbagai lagi barangan yang aku inginkan sebagai hadiah buat diriku sendiri. Sedangkan sebelum ini aku jarang sekali berbelanja untuk diriku, selalunya semua barang anak-anak yang jadi keutamaan. Setiap pagi pergi kerja aku bersiap secantik mungkin dengan make up yang menyegarkan dan menyerlahkan kecantikanku yang selama ini ditutupi kesedihan.
Selain memberi perhatian pada diriku dan membina self love, aku juga banyak membuat latihan terapi maaf. Aku amalkan terapi maaf setiap hari dengan memaafkan diriku sendiri atas segala kesilapanku dan pengabaianku terhadap diriku selama ini. Aku maafkan suamiku dan aku maafkan semua insan yang menyakitiku selama ini.
Ketika hatiku benar-benar ikhlas memaafkan terasa seakan belenggu berat yang terletak di bahuku selama ini terangkat dan menghilang. Satu ketenangan dan kelegaan yang luar biasa aku rasakan. Terasa aku seperti dilahirkan semula ke dunia ini, segala kesedihan, kekecewaan dan saka-saka negatif dahulu telah hilang dan aku kini adalah aku yang baru.
Aku yang penuh kasih sayang dan belas kasih, yang penuh ketenangan dan impian-impian bahagia. Syukur kehadrat Allah dengan rezeki ilmu yang aku terima ini akhirnya mengubah diriku. Masih aku ingat sebelum aku menyertai kelas Kembali Bahagia aku mengadu dengan Admin Ehati untuk membantu aku senyum semula, aku rindukan senyumanku yang dulu.
Kini dengan ilmu yang betul dan latihan yang konsisten aku tersenyum manis semula malah lebih manis dari sebelum ini. Perubahan positif aku ini juga menjadi asbab kepada perubahan suami dan anak-anakku juga. Anak-anakku yang masih kecil yang sulung berusia 8 tahun dan yang kedua berusia 6 tahun juga telah banyak berubah.
Ada riak bahagia yang indah di wajah mereka apabila ibu yang dahulunya penuh kemarahan kini berubah penuh kasih sayang. Mereka juga jadi anak yang baik sering membantuku melakukan kerja-kerja rumah. Adakalanya aku terlalu penat dan terlewat bangun, anak-anakku sudah siap mengemas, buang sampah dan sebagainya. Alhamdulillah bahagianya aku sebagai ibu dilayan penuh kasih sayang oleh anak-anak.
Suamiku Saiful juga sudah pasti jadi orang yang paling terkesan dengan perubahanku. Dahulu Saiful sentiasa meluangkan lebih masa dengan maduku dan hanya pulang kerumah sekali sekala sahaja. Pernah juga sampai bergaduh aku panggil dia pulang ke rumahku. Kini tidak lagi, kebanyakkan waktu Saiful akan bersamaku dan jarang-jarang balik ke rumah madu.
Dia asyik nak berkepit setiap waktu, dia akan bawa aku luangkan masa di café rakannya atau kami akan meluangkan masa untuk main skateboard di taman bersama-sama.Ya kami memang main skateboard . Kalau dahulu jangan haraplah, semua benda Saiful akan berahsia denganku sampaikan giliran balik raya pun dia rahsiakan.
Tahun pertama kahwin aku tanya Saiful bila dia akan balik beraya ke rumah aku, jawapannya “tengoklah raya ketiga ke keempat, kelima ke keenam ke”. Memang boleh buat bergaduh kalau difikirkan. Tahun ini raya Saiful beraya bersama isteri keduanya dahulu tetapi badan sahaja disana, hatinya bersama aku disini sampaikan dia tidak fokus melayan keluarga disana.
Katanya tak sabar nak balik beraya dengan aku dan anak-anak. Baju raya kami anak beranak tahun ini Saiful yang belikan dan siapkan semuanya. Berbeza dengan tahun lalu semua aku yang belikan. Waktu itu dalam fikiran aku cuma ingin membantu Saiful dan tak mahu membebankan dirinya dengan segala perbelanjaan kami. Rupanya aku silap, sikap aku yang terlalu berdikari dan tidak mengharapkannya membuatkan dia rasa tak diperlukan dan rasa tak dihargai.
Apabila dia berpeluang untuk menyediakan keperluan raya kami anak-beranak, dia rasa begitu gembira dan rasa hero. Lebih aku terharu tahun ini dia tak belikan maduku baju sebaliknya maduku yang belikan dia baju. Tak sangka saiful melebihkan aku berbanding maduku, bukan nak balas dendam tau tapi bagi chance la aku rasa disayangi ya.
Terima kasih suamiku kerana menjadi suami yang penyayang dan memahami. Selepas aku berubah memberi perhatian dan kasih sayang lebih kepada diriku Saiful menjadi semakin manis gitu. Sekarang pantang berenggang, sebelum balik kerja pasti ada mesej dari dia “ sayang buat apa tu?.” Pernah sekali giliran Saiful bermalam di rumah madu, kemudian dia terus pergi bekerja shift malam membuatkan dia lewat pulang ke rumahku. Bukan main lagi dia mintak maaf pada aku kerana lewat.
Tak dapat aku jelaskan betapa bahagianya aku saat ini. Bahagia yang selama ini cuma satu impian yang aku sangat idamkan berjaya aku kecapi asbab ilmu kelas Kembali Bahagia. Kepada semua wanita di luar sana jangan pernah putus asa untuk bahagia, cari ilmu yang betul, buat latihan yang diberikan secara konsisten dan capai bahagia anda sendiri. Sedangkan saya yang bermadu boleh rasa bahagia, sudah pasti anda juga boleh.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved