Assalamualaikum dan salam sayang semua. Saya teruja nak berkongsi dengan anda semua pengalaman saya dalam mencari jalan bahagia dalam diri dan rumahtangga. Nama saya Syakira (bukan nama sebenar) berusia awal 20-an dan untuk pengetahuan semua saya baru sahaja mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta Zarul ( bukan nama sebenar). Perkahwinan kami memang dibina atas dasar cinta sama cinta cewahhh sweet sangat gitu kan. Memang waktu nak kahwin Allah sahaja yang tahu betapa berbunga-bunga hati ini ingin bergelar isteri kepada jejaka idaman kalbu . Macam kebanyakkan pasangan lain sudah pastilah kami turut membayangkan rumahtangga yang penuh kemanisan, macam filem komedi romantik yang kita tengok kat wayang tu. Bagaimanapun sangkaan dan harapan kami meleset sama sekali. Orang kata kalau baru kahwin ni kentut pun bau wangi, tetapi tidak bagi kami. Segalanya tiba-tiba bertukar menjadi begitu rumit dan menyusahkan. Nak berangan pergi honeymoon, bermanja-manja dan penuh kasih sayang jauh sekali. Sedangkan ketika berada di rumah pun alahai pantang silap sikit pasti ada sahaja pertengkaran berlaku. Paling memeningkan kepala saya adalah pertengkaran yang pada awalnya disebabkan perkara kecil itu boleh pula bertukar ganas sehingga kami suami isteri sampai boleh bertinju berdua. Kalau dengar macam kelakar kan tapi bila kita melaluinya sikit pun tiada rasa kelakar malah naik lebam pula tubuh badan. Bukan itu sahaja permasalahan luaran turut menyebabkan hubungan intim antara kami juga bermasalah, walau usia perkahwinan belum pun sampai setahun.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved