TERIMA KESAKITAN DEMI CAPAI TRANSFORMASI BAHAGIA

Assalamualaikum dan salam sayang semua. Saya teruja nak berkongsi dengan anda semua pengalaman saya dalam mencari jalan bahagia dalam diri dan rumahtangga. Nama saya Syakira (bukan nama sebenar) berusia awal 20-an dan untuk pengetahuan semua saya baru sahaja mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta Zarul ( bukan nama sebenar). Perkahwinan kami memang dibina atas dasar cinta sama cinta cewahhh sweet sangat gitu kan.

Memang waktu nak kahwin Allah sahaja yang tahu betapa berbunga-bunga hati ini ingin bergelar isteri kepada jejaka idaman kalbu . Macam kebanyakkan pasangan lain sudah pastilah kami turut membayangkan rumahtangga yang penuh kemanisan, macam filem komedi romantik yang kita tengok kat wayang tu. Bagaimanapun sangkaan dan harapan kami meleset sama sekali. Orang kata kalau baru kahwin ni kentut pun bau wangi, tetapi tidak bagi kami.

Segalanya tiba-tiba bertukar menjadi begitu rumit dan menyusahkan. Nak berangan pergi honeymoon, bermanja-manja dan penuh kasih sayang jauh sekali. Sedangkan ketika berada di rumah pun alahai pantang silap sikit pasti ada sahaja pertengkaran berlaku. Paling memeningkan kepala saya adalah pertengkaran yang pada awalnya disebabkan perkara kecil itu boleh pula bertukar ganas sehingga kami suami isteri sampai boleh bertinju berdua.




Kalau dengar macam kelakar kan tapi bila kita melaluinya sikit pun  tiada rasa kelakar malah naik lebam pula tubuh badan. Bukan itu sahaja permasalahan luaran turut menyebabkan hubungan intim antara kami juga bermasalah, walau usia perkahwinan belum pun sampai setahun.Hati saya jadi risau dan memang serabut memikirkan masalah yang berlaku dalam rumahtangga kami, sehingga saya benar-benar buntu tidak tahu bagaimana lagi untuk menyelesaikan segala permasalahan ini supaya rumahtangga kami sekurang-kurangnya jadi normal macam orang lain.

Pada waktu itu saya mencari-cari informasi di laman facebook sehingga saya bertemu dengan video perkongsian daripada Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman Ehati. Saya begitu tertarik dengan perkongsian beliau dan saya rasa amat bermanfaat. Selepas mengikuti perkongsiannya di Group facebook Kembali Bercinta saya terbuka hati untuk merebut peluang Promosi Kelas Kembali Bahagia yang hanya berharga RM30 ringgit sahaja untuk sesi selama tiga hari berturut-turut di platform dalam talian.

Alhamdulillah keputusan saya ini amat tepat, kerana selama ini terlalu banyak perkara yang saya biasa dengar tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk membadani atau benar-benar memahami perkara-perkara tersebut. Antaranya adalah, sebelum ini saya fikir hanya lelaki sahaja mempunyai ego yang tinggi melangit rupa-rupanya perempuan juga ada ego. Permasalahan utama kami pula bermula apabila saya dan suami sebenarnya menderita trauma masing-masing.




Disebabkan itu kami begitu mudah untuk ‘trigger’ antara satu sama lain. Selepas trigger dengan sesuatu perkara ego kami mula mengambil tempat. Masing-masing tidak mahu langsung mengalah. Selagi mampu hendak mempertahankan pendapat masing-masing sehingga membawa kepada pergaduhan fizikal. Sebagai wanita saya akui amat sukar melalui kehidupan seperti ini. Sakit tubuh badan sampai lebam sana sini, kemudiannya hati juga menderita. 

Ingatkan boleh rasa bahagia apabila berkahwin rupanya hanya derita yang saya dapat.Kembali Bahagia membantu saya mengenalpasti punca sebenar masalah dalam rumahtangga kami. Pertama sekali adalah kerana kami berdua masing-masing mengharap untuk dibahagiakan oleh pasangan. Pendek kata saya harapkan suami bahagiakan saya dan dia pula mengharapkan saya membahagiakan dia. Jadi sudahnya kami berdua tidak berjaya mendapatkan apa yang kami inginkan dengan menjadi peminta-minta. 

Melalui pelbagai latihan inner journey di dalam Kelas Kembali Bahagia saya mula belajar untuk menerima keadaan dan kesakitan yang berlaku dalam hidup saya selama ini. Rupa-rupanya kesakitan ini perlu diterima dengan hati yang terbuka . Menurut Puan Diyana, semakin kita menolak rasa sakit itu, semakin dalam kesakitan yang kita rasa. Cara untuk mengatasi perkara ini adalah dengan menerima kesakitan itu dan kemudian transformasikan kesakitan itu menjadi suatu perkara yang positif dan membahagiakan.




Selepas saya berjaya memahami perkara ini saya menyematkan satu azam dalam hati untuk ubah diri saya menjadi wanita pencipta. Saya tidak mahu lagi merayu, memaksa dan meminta-minta cinta, perhatian dan kasih sayang daripada suami saya. Saya mahu menjadi wanita hebat yang berupaya mencipta bahagia saya sendiri. Caranya saya memberi fokus kepada self love. Saya fokus kepada diri saya sendiri dengan mengamalkan terapi syukur dan juga terapi maaf. 

Dua terapi ini kedengaran mudah bukan namun kesannya amat luar biasa kalau diamalkan secara konsisten. Saya mulakan dengan terapi maaf terlebih dahulu memandangkan kata Puan Diyana wanita ini kunci tubuhnya adalah terletak pada hatinya. Hati yang memaafkan dan bahagia akan menyelesaikan banyak perkara lain, manakala kunci hati lelaki pula terletak pada tubuhnya. 

Saya memaafkan diri saya terlebih dahulu dan kemudiannya saya maafkan semua orang yang pernah menyakiti hati saya. Selepas selesai terapi maaf saya praktikkan pula terapi syukur. Saya syukuri diri saya dengan penuh ikhlas kepada Allah taala dengan segala pemberiannya kepada saya. Kemudian saya syukuri pasangan saya pula.




Subhanallah mula-mula memang macam tak percaya kan, betul ke latihan macam ni mampu bawa perubahan dalam hubungan rumahtangga kami?. Namun saya tetap amalkan terapi-terapi tersebut secara konsisten dan berdoa kepada Allah untuk hadirkan bahagia dalam rumahtangga kami. Syukur Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya rasai ketenangan dalam diri. Inilah detik paling tenang dan damai yang pernah saya rasai seumur hidup ini.

Tak tergambar dengan kata-kata kesyukuran di hati ini dengan rahmat yang Allah berikan. Selepas saya berjaya menyuburkan self love dalam diri saya, memaafkan segala perkara buruk yang berlaku dan kemudiannya mepertingkat kesyukuran saya kepada setiap rahmat Allah, saya perlahan-lahan berusaha memperbaiki hubungan dengan suami.

Untuk makluman semua suami saya memang seorang yang perfectionist. Segalanya perlu sempurna bagi dia, apabila ada perkara yang tidak kena dimata dia mulalah dia akan cari pasal mula melenting dan marah-marah. Dahulu  sebelum menyertai kelas Kembali Bahagia saya memang akan sama naik marah dengan dia. Kini saya dah tahu cara untuk berdepan dengan situasi ini, saya tahu suami saya kurang kasih sayang kerana itu dia marah marah.





Saya tidak lagi mengambil pendekatan seperti dahulu terus menjawab dan marah marah sama seperti dia, sebaliknya kali ini saya bercakap dengan tenang dengannya. Ketenangan saya itu akhirnya menjadi asbab dia mula bertenang dan kurang marah marah. Komunikasi kami dah semakin baik,kami sudah pandai mendengar apabila salah seorang bercakap, bagi ruang sebelum menyatakan sebarang pandangan.

Perubahan baik ini dah mula memberikan kemanisan dalam hubungan kami, suami saya dah pandai balas I LOVE YOU TOO kalau saya cakap I love you dekat dia. Kalau dulu haram nak jawab, buat macam tak dengar saja. Selain itu aura positif saya yang saya tingkatkan dari masa ke semasa dengan latihan yang konsisten  akhirnya menjadi magnet perubahan kepada suami saya juga. Sekarang suami saya rajin membantu membuat kerja-kerja rumah tanpa diminta. 

Pertolongan dia walau cuma pertolongan kecil contohnya seperti buang sampah, cuci pinggan dan sebagainya buat saya rasa begitu disayangi dan dihargai. Melihat dia hati saya dipenuhi rasa belas kasih dan sayang yang amat indah. Dia juga dah pandai belikan hadiah untuk saya sekarang. Sumpah ya Allah saya rasa sangat bahagia, adakalanya dia belikan saya baju, seluar atau bag tangan. Tidak mahal, tidaklah pemberian yang besar namun keikhlasan hati dia membuatkan saya rasa cinta kami yang hilang satu ketika dahulu kini dapat kami rasai semula. 

Semudah menerima kesakitan, memaafkan dan kemudian mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan. Kini saya dan suami masih berusaha untuk memperbaiki lagi hubungan kami kerana saya benar-benar terinspirasi dengan pelbagai kisah cinta rakan-rakan lain yang bersama di dalam platform Ehati. Doakan agar kami juga bahagia seperti mereka ya!.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1