TIMBA ILMU RUMAHTANGGA DEMI TENANG DAN BAHAGIA

Setiap insan di dunia ini pasti mengidamkan kehidupan yang tenang dan bahagia, baik yang masih sendiri mahupun yang sudah berpasangan dan berkeluarga. Kedengaran mudah dan amat indah untuk dikecapi  kan? Namun hakikatnya kehidupan ini penuh dengan bermacam cabaran yang tidak terduga sehingga menyebabkan ada yang berjaya capai bahagia dan ada juga yang kecundang di tengah jalan. Segalanya terserah pada takdir dan ilmu rumahtangga masing-masing. Jika ingin dikongsi dan dibincangkan terlalu banyak faktor yang menjadi punca terlerainya ikatan perkahwinan antara pasangan pada ketika ini. Lebih merisaukan apabila pasangan-pasangan yang mampu mempertahankan ikatan perkahwinan juga tidak berjaya mengecapi tenang dan bahagia yang diinginkan.  Lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa yang begitu mencabar dan mendesak, situasi krisis pendemik kesihatan yang menyebabkan ramai hilang kerja, terlalu banyak masa terkurung di rumah disebabkan perintah kawalan pergerakan. Kemudian krisis bencana alam pula berlaku memusnahkan kehidupan sebilangan besar mangsa. Kesemua cabaran luar biasa ini pasti memberi kesan mendalam terhadap kehidupan sesiapa sahaja. Tidak perlu lalui sendiri semuanya, cukup mendengarnya buat saya gerun. Sedikit sebanyak terdetik rasa syukur dalam hati ini apabila badai yang melanda rumah tangga aku telah berlalu sedikit masa dahulu. Tidak dapat aku bayangkan jika dugaan itu hadir ketika ini. Terima Kasih Allah untuk kasih sayang dan rahmat yang tidak terhitung darimu.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1