Assalamualaikum dan salam ukhuwah dari saya Julie (bukan nama sebenar). Terima kasih admin approve perkongsian saya di sini. Syukur ada ruangan yang diberikan untuk saya berkongsi rasa dan pengelaman hidup sebagai seorang wanita. Kalau berkongsi secara verbal dan berdepan mungkin saya tiada keberanian. Ruang ini sempurna untuk saya berkongsi serba sedikit dengan ramai wanita diluar sana yang diuji dengan pelbagai masalah rumahtangga samada pasangan curang, pasangan tidak bertanggungjawab, masalah keluarga mentua dan pelbagai masalah lagi. Tetaplah kuat dan teguh seperti buluh walau apa sahaja cabaran yang mendatang, ketahuilah ramai lagi wanita yang nasibnya sama seperti anda. Jangan pernah rasa hanya anda seorang sahaja yang menanggung dugaan berat, jangan lakukan perkara-perkara yang melampau dan memalukan diri kita, nasihat saya carilah ilmu rumahtangga untuk menyelesaikan masalah, kerana ilmu yang betul akan membantu mengubah kualiti hidup kita menjadi lebih baik dan bahagia. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Perkahwinan saya bersama suami diuji kehadiran orang ketiga pada tahun 2019 yang lalu. Bayangkan apa yang saya rasakan ketika itu, sudah pastilah kecewa bukan kepalang. Saya ingatkan apabila hubungan rumahtangga kita sudah melebihi 10 tahun keadaan rumahtangga kita akan lebih aman, bahagia dan stabil. Sama macam teori-teori yang sering kita baca di majalah dan sebagainya.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved