Assalamualaikum dan salam ukhuwah dari saya Julie (bukan nama sebenar). Terima kasih admin approve perkongsian saya di sini. Syukur ada ruangan yang diberikan untuk saya berkongsi rasa dan pengelaman hidup sebagai seorang wanita. Kalau berkongsi secara verbal dan berdepan mungkin saya tiada keberanian.
Ruang ini sempurna untuk saya berkongsi serba sedikit dengan ramai wanita diluar sana yang diuji dengan pelbagai masalah rumahtangga samada pasangan curang, pasangan tidak bertanggungjawab, masalah keluarga mentua dan pelbagai masalah lagi. Tetaplah kuat dan teguh seperti buluh walau apa sahaja cabaran yang mendatang, ketahuilah ramai lagi wanita yang nasibnya sama seperti anda. Jangan pernah rasa hanya anda seorang sahaja yang menanggung dugaan berat, jangan lakukan perkara-perkara yang melampau dan memalukan diri kita.
Nasihat saya carilah ilmu rumahtangga untuk menyelesaikan masalah, kerana ilmu yang betul akan membantu mengubah kualiti hidup kita menjadi lebih baik dan bahagia. Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri. Perkahwinan saya bersama suami diuji kehadiran orang ketiga pada tahun 2019 yang lalu. Bayangkan apa yang saya rasakan ketika itu, sudah pastilah kecewa bukan kepalang.
Saya ingatkan apabila hubungan rumahtangga kita sudah melebihi 10 tahun keadaan rumahtangga kita akan lebih aman, bahagia dan stabil. Sama macam teori-teori yang sering kita baca di majalah dan sebagainya.Siapa sangka saat usia perkahwinan kami sudah mencecah 13 tahun suami yang saya cintai dan saya serahkan seluruh klehidupan akhirnya berkahwin senyap-senyap dengan seorang guru sekolah rendah di sempadan Thailand.
Kalau diikutkan rumahtangga kami tiada sebarang masalah semuanya berjalan lancar sahaja. Kecuali kami adalah pasangan PJJ, suami tinggal di negeri lain kerana tuntutan kerja dan saya bersama anak-anak berada di negeri lain. Kami biasanya akan berkumpul pada waktu hujung minggu apabila suami pulang ke pangkuan kami di Kuala Lumpur. Kebiasaannya kita maklum dengan situasi pasangan PJJ ni yang memang diuji hebat dengan kesetiaan.
Biasalah orang kata suami ada yang “lapar’ apabila berjauhan dengan isteri untuk masa yang lama kan. Ketika inilah pelbagai godaan datang menjengah, mana yang kuat iman mampu bertahan mana yang tidak pasti ada sahaja orang baru dalam kehidupan. Macam kes saya ini, suami memang kahwin secara sembunyi-sembunyi dengan madu dan saya memang tidak tahu menahu langsung.
Apabila saya dapat tahu memang rasa nak mengamuk, nak menjerit marah, sedih, rasa diri ini sebagai mangsa keadaan sangat. Bagaimana Kamarul ( bukan nama sebenar) boleh menduakan saya saat saya sebagai isteri begitu setia menerima segala kekurangan dan kelebihan dirinya. Sebagai isteri yang tinggal berjauhan dengan suami sudah pasti terlalu banyak yang perlu saya korbankan untuk memastikan rumahtangga kami berkekalan.
Soal mengurus rumah dan anak-anak, tambahan pula saya juga seorang wanita yang bekerjaya. Demi bahagia kami, saya tidak pernah sama sekali mengeluh atau merungut segalanya saya lakukan dengan ikhlas.Saya juga sama seperti wanita-wanita lain , apabila berdepan dengan isu orang ketiga ini sudah pasti jalan penyelesaian yang difikirkan adalah cerai. Sudah tentu saya tidak sanggup lagi meneruskan hidup dengan lelaki yang menmgkhianati cinta dan kepercayaan saya.
Daripada seorang yang tenang dan penyayang saya jadi pemarah, setiap waktu ada sahaja perkara yang tidak kena. Anak-anak sudah tentu akan jadi mangsa kemarahan saya yang tak berkesudahan itu. Pantang silap sikit sudah pasti saya akan menengking mereka, silap haribulan saya naik tangan juga dekat anak-anak. Kasihan mereka terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak menyenangkan walaupun bukan salah mereka.
Selain itu saya juga banyak menangis, mengenangkan segala yang telah dihadapi bersama sejak berbelas tahun akhirnya ranap disebabkan seorang wanita yang mengganggu rumahtangga kami. Kalau wanita itu tidak pernah wujud sudah pasti rumahtangga kami akan bahagia seperti dulu. Kesakitan dan kekecewaan saya ini memang tiada ubatnya.
Saya membuat keputusan untuk memfailkan cerai dan mendapatkan khidmat peguam untuk menguruskan kes saya. Bagaimanapun perkara ini tidak semudah yang saya sangka, kerana saya perlu mendapatkan sijil nikah mereka dari Thailand untuk dijadikan bukti. Perkara itu hampir mustahil untuk saya temui kan, kerana suami saya ada rumah lain selain dari rumah kami bersama. Boleh jadi semua dokumen berkaitan tidak akan dibawa pulang ke rumah kami.
Peguam saya maklumkan permohonan cerai saya mungkin sedikit sukar kerana selama ini suami tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dari segi nafkah dan layanan terhadap saya dan anak-anak.Penerangan dari peguam membuatkan saya bertambah buntu, tidak tahu lagi kemana hendak dituju. Segalanya kelihatan sama sahaja dan tiada jalan keluar. Saya sudah tidak mampu bertahan dalam keadaan hidup yang sedih dan menyakitkan ini. Banyak masa saya habiskan dengan termenung, anak-anak saya abaikan, sekadar siapkan makan pakai yang lain saya sudah tidak kisah.
Banyak masa saya habiskan dengan media sosial membaca posting kawan-kawan dengan pandangan kosong. Ketika itulah rahmat Allah itu datang kepada saya, saya terjumpa dengan video perkongsian Puan Diyana Tahir, Pakar Perhubungan dan Keintiman, Ehati. Perkongsian itu benar-benar mengusik hati saya sehingga hati saya terdetik “macam tau-tau je apa yang saya lalui”.
Menariknya video itu tidak hanya diisi dengan perkongsian masalah sebaliknya turut diselitkan dengan tips-tips penyelesaian. Saya jadi teruja untuk tahu lebih banyak lagi, siapa tahu kalau asbab video ini boleh memberikan ketenangan hati kepada saya semula. Saya lihat di facebook ada sebuah group facebook bernama Kembali Bahagia kelolaan Ehati. Saya join group tersebut supaya saya boleh belajar banyak lagi, ya saya agak terdesak untuk mencari ‘ubat’ kepada kesakitan ini.
Saya inginkan ketenangan saya kembali, saya ingin bahagia. Saya rasa sedikit lega apabila di dalam group ini ramai wanita-wanita yang senasib dengan saya, diuji dengan rumahtangga yang berantakkan. Matlamat kami semua adalah sama untuk kembali menikmati bahagia bersama keluarga tersayang. Aura kebersamaan itu membuatkan saya rasa sedikit lega. Tidak lagi terbeban dengan kemurungan seorang diri. Kebetulan tidak lama selepas saya join group kembali Bahagia, Ehati menganjurkan kelas Kembali Bahagia secara dalam talian selama tiga hari. Tanpa bertangguh saya terus mendaftar, semoga kelas ini asbab untuk saya memperbaiki diri dan rumahtangga kami.
Terlalu banyak yang saya pelajari di dalam kelas Kembali Bahagia dan saya akan kongsikan dengan anda semua teknik yang saya amalkan dan berkesan untuk diri saya. Perkara yang paling memberi manfaat kepada saya adalah topik kenali diri dan pasangan.
Topik ini memberikan saya satu pandangan baru terhadap diri sendiri dan juga suami saya. Selama ini sejujurnya saya sendiri juga tidak jelas dengan personaliti dan kecenderungan diri saya apatah lagi pasangan. Apabila kita tidak mengenali dan memahami diri sendiri , setiap masalah yang datang kita anggap berpunca dari orang lain semata-mata dan diri kita pula kononnya adalah mangsa keadaan yang paling menyedihkan. Hasil pembelajaran dalam kelas kembali bahagia diri saya mula berubah sedikit demi sedikit.
Kehidupan sebelum ini yang penuh dengan kesedihan dan kelukaan itu beransur pulih. Saya tidak lagi asyik marah-marah dan menangis sepanjang waktu. Sudah mula ada ketenangan dalam jiwa untuk diri saya berfikir dan terus berusaha memperbetulkan diri. Saya fahami bahawa setiap perkara yang berlaku bukanlah salah suami saya semata-mata sebaliknya saya juga punya silap sendiri.
Sekali lagi kebersamaan perserta-perserta kelas kembali bahagia juga memainkan peranan yang amat penting untuk saya kekal positif. Sentiasa saling menyokong antara satu sama lain dengan kata-kata semangat yang positif. Saya isi masa saya dengan kelas-kelas dan ulangkaji topik yang saya pelajari menyebabkan saya rasa setiap hari kehidupan saya terisi dengan perkara bermanfaat sehingga saya terlupa dengan semua kesedihan yang saya lalui.
Fasa kedua yang menyebabkan diri saya melakukan lebih banyak transformasi adalah modul pattern diri. Saya ikuti latihan khusus yang diberikan dalam kelas agar saya lebih memahami patern diri saya sendiri dan menilai sendiri patern personaliti jenis saya akan menarik personaliti yang bagaimana. Sewaktu saya mula mengenali diri saya dengan mendalam perubahan demi perubahan hadir dalam hidup saya.
Saya juga tuliskan senarai impian yang saya inginkan dalam hidup saya. Alhamdulillah berkat kesungguhan membadani ilmu Ehati saya berjaya mendapatkan layanan yang saya dambakan daripada suami selama ini. Kini jarak jauh bukan lagi penghalang dan punca hubungan kami dingin. Setiap malam saya dan suami pasti bergayut dengan video call selama berjam-jam. Ada sahaja cerita yang kami kongsikan dengan rasa rindu di kejauhan.
Bukan itu sahaja, sekarang setiap minggu suami saya akan pulang kerumah kami dan meluangkan masa bersama saya dan anak-anak. Kalau dahulu setiap kali suami pulang pasti ada sahaja yang tidak kena, setiap waktu kami bergaduh. Kebiasaannya dia akan pulang kerumah untuk memujuk saya sahaja.
Kini saya ajar diri saya untuk ‘being present’ dengan suami saya, saya layan dia dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan apabila dia bersama saya. Apabila dia kembali ke tempat kerja saya akan fokus kepada self love pula. Dengan cara itu kami boleh merasai keberlimpahan kasih sayang yang cukup hangat dan membahagiakan.
Disebabkan hubungan kami yang kembali bahagia anak-anak juga sudah dapat merasakan kebahagiaan berada di rumah. Sebelum ini setiap minggu anak-anak mintak kebenaran untuk meluangkan masa di rumah atok mereka untuk mengelak daripada menyaksikan kami bertengkar tiap waktu. Sekarang hari jumaat je anak-anak dah tak sabar tunggu papa mereka pulang. Syukurlah dengan ilmu Ehati ini saya tak perlu bertahan dengan kesakitan yang lama.
Selepas menghadiri kelas kembali bahagia,saya berjaya sedari kesilapan-kesilapan yang saya lakukan dahulu. Keegoan nak selamat saya membuatkan saya rasa trigger apabila ada orang lain selain saya dalam hidup suami. Disebabkan itu saya jadi marah dan tidak tahu cara yang betul untuk menyelesaikan isu itu. Dahulu saya sentiasa rasa diri saya sempurna, semua perkara kalau boleh saya nak buat sendiri.
Balik kerja saya akan kemas rumah, memasak, jaga anak dan bermacam-macam lagi. Masalahnya adalah apabila suami pulang ke rumah saya dah penat dan tiada tenaga dah untuk melayani suami dan beri perhatian pada suami. Sekarang tidak lagi, saya betulkan semua kesilapan saya. Walau sesibuk mana pun urusan harian saya, saya akan pastikan saya ada masa untuk ‘me time’ manjakan diri saya dan berehat secukupnya.
Kalau saya terlalu penat dan tidak sempat memasak saya akan order sahaja makanan untuk makan malam. Duit belanja makan nanti claim semula pada suami. Alhamdulillah tak susah sebenarnya nak bahagia dan tenang. Pastikan kita ada ilmu yang betul sahaja. Jangan layan gossip-gossip makcik bawang tu semua. Tidak memberi penyelesaian malah memburukkan lagi keadaan. Semoga anda selamat, semoga anda bahagia, semoga anda disayangi.
Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved