Nama aku Aimi (bukan nama sebenar) seorang ibu muda yang kini menjalankan perniagaan keluarga menjual barangan bayi dan pelbagai barangan lain lagi. Aku terpanggil untuk berkongsi kisah percintaan dan cabaran rumahtangga aku bersama suamiku, Harris (buka nama sebenar) Semoga kisah aku ini dapat dijadikan pengajaran buat para isteri di luar sana.
Sebenarnya hubungan rumahtangga aku bersama Harris boleh aku anggap membahagiakan dan sempurna dengan cara kami. Sepanjang sepuluh tahun berkahwin Harris memang seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab serta penyayang. Keluarga kecil kami hidup harmoni.
Aku dan Harris mula bercinta sejak kami di menuntut di tingkatan tiga di sekolah menengah. Ketika itu kami memang dikenali sebagai “high school sweetheart” di sekolah sehinggakan guru-guru juga sedia maklum tentang hubungan kami.