WAKE UP CALL DARI ORANG KETIGA.

Nama aku Aimi (bukan nama sebenar) seorang ibu muda yang kini menjalankan perniagaan keluarga menjual barangan bayi dan pelbagai barangan lain lagi. Aku  terpanggil untuk berkongsi kisah percintaan dan cabaran rumahtangga aku bersama suamiku, Harris (buka nama sebenar) Semoga kisah aku ini dapat dijadikan pengajaran  buat para isteri di luar sana.

Sebenarnya hubungan rumahtangga aku bersama Harris boleh aku anggap membahagiakan dan sempurna dengan cara kami. Sepanjang sepuluh  tahun berkahwin Harris memang seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab serta penyayang. Keluarga kecil kami hidup harmoni.

Aku dan Harris mula bercinta sejak kami  di menuntut di tingkatan tiga di sekolah menengah. Ketika itu kami memang dikenali  sebagai “high school sweetheart” di sekolah sehinggakan guru-guru juga sedia maklum  tentang hubungan kami. 

Hubungan cinta monyet kami di bangku sekolah itu Alhamdulillah Allah panjangkan jodoh  sehingga ke jinjang pelamin. Dan kini sudah sepuluh tahun usia perkahwinan kami bersama, dikurniakan cahaya mata yang comel dan sihat. Kisah kami ini seakan  bertepatan dengan lirik lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee “ sedangkan lidah lagi  tergigit, ini pula suami isteri”.

Kejadian yang menggegarkan kebahagiaan rumahtangga  kami ini berlaku tahun lalu. Apabila suami aku tiba-tiba kantoi punya hubungan sulit  dengan seorang wanita. Seperti juga wanita lain pastilah hatiku ini begitu terluka, terasa  lemah segala sendi ini ketika mengetahui kebenaran itu.

Tidak pernah aku sangka cerita  kecurangan yang selalu aku dengar dan baca dari majalah dan sebagainya akhirnya  berlaku pada diriku sendiri. Benar, sukar untuk aku terima kerana sejak awal kami  bercinta sehinggalah bertahun-tahun berkahwin suamiku tidak pernah sekalipun berlaku  curang. 

Bermulalah drama air mata dan pujuk memujuk kami suami isteri. Suami aku memohon  maaf pada aku dan mengaku kesilapannya. Bagaimanapun Harris menjelaskan kepada  aku dia sama sekali tidak pernah berniat untuk mengabaikan aku dan anak-anak. Orang  ketiga itu hanya ingin menumpang kasih dalam keluarga kami. Menurut Harris niatnya  baik untuk membantu dan membimbing wanita tersebut supaya jadi lebih baik. 

Kesilapannya juga kerana telah banyak menabur janji dan memberi harapan. Jadi dia  rasa bertanggungjawab untuk berkahwin dengan wanita itu. Harris memujuk aku untuk  menerima wanita yang aku namakan sebagai Suzie (bukan nama sebenar).

Demi cinta  dan rumahtangga kami, aku akhirnya bersetuju membuka hati dan menerima kehadiran  Suzie dalam hidup kami.Meskipun aku menerima namun bukanlah sesuatu yang mudah  untuk aku lalui. Hatiku sentiasa dirundung pilu, berendam air mata siang dan malam  terutama ketika aku berdoa selepas solat.Aku sering tertanya-tanya “kenapa Harris  sanggup menduakan aku?, kenapa Harris sanggup mengkhianati cinta kami?”

Sehingga pada suatu hari ketika aku sedang membelek-belek facebook, aku terjumpa  dengan maklumat program Kembali Bahagia. Aku tertarik dengan perkongsian perkongsian program berkenaan. Aku kongsikan dengan Harris berkaitan dengan Kelas  Kembali Bahagia, kerana ketika ini aku amat memerlukan kekuatan dan bantuan untuk  melalui semua ini.

Harris menyokong keputusan aku dan mengizinkan aku untuk  menyertai kelas berkenaan. Bagi Harris, dia hanya ingin melihat aku kembali gembira  seperti dulu. Tidak aku sangka keputusan aku untuk join kelas ini adalah sangat tepat. 

Benar-benar memberi kesedaran kepada aku bahawa kehadiran orang ketiga ini adalah  ‘wake up call” kepada aku untuk mencari dan mendalami lebih banyak ilmu perhubungan  dan keintiman yang selama ini tidak pernah aku ambil berat. Terlalu banyak kesilapan  yang aku lakukan tanpa disedari hanya kerana aku tidak berilmu

Hubungan Harris dan Suzie juga tidaklah begitu lancar, sebulan selepas aku membuat  keputusan menerima hubungan antara Harris dan Suzie, Suzie dikhabarkan  meninggalkan Harris dan memilih bersama lelaki lain. Ketika itu aku dapat melihat  kekecewaan di wajah Harris yang terasa dirinya seolah-olah dipermainkan oleh Suzie.

Namun tidak berapa lama kemudian Suzie kembali semula kepada Harris dengan kata-kata maaf dan kembali ingin bersama Harris. Ketika ini aku sudahpun mengikuti kelas kelas kembali bahagia dan cara aku memberi reaksi dan mengurus perkara ini sudah jauh berbeza.

Jika dahulu aku sering bersedih dan menangis, kini aku memilih untuk  memberi perhatian kepada diri dan perasaanku sendiri. Matlamat aku adalah untuk  menambahbaik hubungan aku dengan suami dan kembali hidup dalam suasana bahagia  dan penuh cinta.

Sepanjang mengikuti kelas ada waktunya aku sempat besembang dengan Harris  berkenaan hubungan kami ‘heart to heart’.Rupanya selama ini ada perkara yang aku  terlepas pandang. Menurut Harris selepas kahwin, suami isteri lazimnya berada dalam  zon selesa semua sudah rasa selamat kerana hubungan perkahwinan yang sah.

Tanpa  disedari aku rupanya teralu fokus kepada anak-anak, fokus kepada mengurus rumah dan  kerja-kerja harian sehingga aku tidak kisah lagi memberi perhatian sewajarnya kepada  Harris. Sehingga waktu tidur pun masing-masing punya cerita, sudah tidak lagi mesra  seperti dahulu.

Akibatnya Harris menyatakan dia rindukan aku yang dahulu, sewaktu  kami baru berkahwin. Kini dia rasa diabaikan sehingga rasa dirinya seperti bujang  semula. Aku rasakan satu tamparan hebat buat diriku kerana kelalaian aku sendiri,  akhirnya Harris bertemu Suzie. Suzie kononnya dianggap mampu memberikannya  perhatian yang diperlukan olehnya. 

Bermula detik itu, aku berazam untuk kembali memberi perhatian pada diriku, sama  seperti yang diajar oleh guruku “ penuhi diriku dengan cinta, berhenti menjadi mangsa  dan jadilah pencipta”. Aku faham, aku perlu terlebih dahulu mencintai dan menyayangi  diriku sendiri sebelum aku mencintai dan menyayangi orang lain.

Sekiranya aku punya  cinta dan kasih sayang yang banyak dan besar, cinta dan kasih sayang itu dapat aku  kongsikan dengan insan-insan yang aku sayang. Kini aku mula mengubah diri dan  caraku, jika dahulu aku sentiasa akan mendahulukan keperluan anak-anak, sekarang  aku meletakkan diriku sebagai keutamaan.

Aku kembali memanjakan diriku dengan pergi  ke spa dan salon. Membeli belah untuk diri sendiri tidak kira sama ada pakaian atau  keperluan lain. Aku sentiasa mencantikkan diriku dan membahgiakan diriku sendiri  terlebih dahulu. Alhamdulillah perubahan baik ini disedari Harris. Harris kelihatan gembira  dan kembali bahagia bersamaku. Sentiasa memuji aku cantik dan menarik di matanya. 

Perubahanku bukan sahaja disedari Harris malah turut di sedari ibu mertuaku. Dahulu  aku malu untuk bermanja dan menunjukkan kemesraan dengan Harris di hadapan orang  lain, bimbang nanti orang mengata bukan-bukan. Sekarang aku tidak lagi meletakkan  pandangan orang sebagai penentu hubungan aku suami isteri.

Aku lebih terbuka untuk bermanja dan bermesra walau dihadapan ahli keluarga yang lain. Pernah aku bertanya  Harris apa agaknya pandangan ibunya tentang kemesraan kami. Harris memujuk aku  untuk mengabaikan sahaja apa pandangan orang lain kerana dia bahagia dilayan dengan  penuh kasih sayang dan belas kasih.

Kemesraan kami berdua dilihat dengan pandangan  tidak senang oleh Suzie. Ketika itu suzie mengikut kami pulang ke rumah ibubapa Harris  untuk diperkenalkan kepada keluarga dan memberitahu ibu bapa Harris tentang hasrat  Harris untuk mengahwini Suzie.  

 

Sejujurnya ibu mertua saya kurang bersetuju dengan hasrat Harris untuk mengahwini  Suzie kerana risau Suzie akan membuatkan rumahtangga aku dan Harris berantakan.  Namun aku menjelaskan kepada ibu Harris bahawa aku menguruskan isu ini dengan ilmu  yang aku pelajari.

Keterbukaan aku menerima Suzie serta kemesraan aku dengan Harris  ketika itu akhirnya membuatkan Suzie menjauhkan diri daripadaku. Selalunya Suzie akan  sentiasa menghubungi aku melalui aplikasi whats App, bagaimanapun selepas dia pulang bersama kami ke kampung Suzie diam seribu bahasa.

Benar kehadiran Suzie  melukakan hati aku dan membuatkan rumahtangga kami sedikit berantakkan, namun  kehadiran Suzie juga yang membuatkan aku sedar kesilapan aku yang selama ini aku  anggap biasa. Konflik ini membuat aku lebih faham bahawa Harris ingin dilayani seperti  saat kami bercinta dahulu.

Aku juga sentiasa jampi Harris agar dia rasa dihargai dan  disayangi. Aku sambut kepulangan Harris dari kerja setiap hari dengan penuh keceriaan.  Aku tidak mahu masalah Harris di tempat kerja atau bersama Suzie mempengaruhi  hubungan kami sekeluarga di rumah. 

Hubungan kami semakin hari semakin baik. Lebih menakjubkan apabila Harris yang  selalunya segan untuk menunjukkan kasih sayang dan sikap romantiknya terhadap aku  tiba-tiba tampil dengan idea “surprise birthday” untuk aku.

Sebelum ini kami hanya keluar  makan biasa-biasa sahaja, tahun ini Harris menhantar jambangan bunga untuk aku.  Ketika itu Allah sahaja tahu betapa berbunga-bunganya hatiku ini. Sekian lama aku tidak  menerima bunga dari Harris. Bukan itu sahaja Harris menempah kek paling special untuk  dihantar kepada aku.

Aku benar-benar rasa dihargai dan disayangi oleh Harris. Sama  seperti saat kami hangat bercinta dahulu. Sejak aku mengubah diri aku menjadi pencipta bahagia aku sendiri Harris juga berubah jadi lebih romantis dan penyayang.

 

Harris  hadiahkan aku barang kemas, katanya sebagai menebus kesalahannya kepadaku  kerana telah buat aku menangis dan sedih sebelum ini. Dia tidak lagi lokek berbelanja  untukku, adakalanya dia berikan aku Rm1000 untuk aku membeli-belah apa sahaja  barang yang aku inginkan.

Dahulu aku selalu menolak dengan alasan nak berjimat, kini  aku gunakan sepenuhnya pemberian Harris sebagai menghargai kemurahan hatinya. Jangan pernah putus asa untuk memperbaiki hubungan dengan suami, belajar dan cari  ilmu yang betul untuk perbaiki diri dan rumahtangga.

Disebabkan kewujudan orang ketiga aku dan Harris akhirnya bahagia semula. Kemesraan dan kasih sayang yang hilang tanpa  sedar bersama masa akhirnya dapat kami zahirkan kembali. Suzie akhirnya menjauh, dia meninggalkan Harris atas alasan tidak mahu bermadu.

Share on your social media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1