HADIRNYA ORANG KETIGA YANG MEMUSNAHKAN SEGALANYA.

Kehadiran orang ketiga yang tidak diundang, menjadi tembok penghalang kepada dua hati yang dahulunya pernah bahagia dan setia pada satu sama lain. Namun, semuanya menjadi tidak keruan apabila adanya watak sampingan yang masuk kedalam kisah cinta agung pasangan suami isteri. Tidak dinafikan, apabila sebut sahaja tentang orang ketiga yang hadir tanpa diundang, hati isteri mana yang tidak senang duduk. Siapa sebenarnya orang ketiga ni? Bagaimana boleh hadirnya orang ketiga ni? 

Teruskan bacaan untuk anda lebih tahu tentang orang ketiga ini. 

Orang ketiga ni hanyalah watak sampingan yang hanya hadir buat sementara sahaja. Yang pastinya, kehadiran mereka ini samada diundang ataupun tidak, dianggap sebagai tembok yang menjadi penghalang utama kebahagiaan rumahtangga. Orang ketiga juga merupakan golongan wanita yang pada asalnya tiada niat untuk meruntuhkan rumahtangga wanita lain, tapi hanya mahu menumpang kasih dan sekadar ingin ada tempat berteduh. Ada juga yang menggelarkan orang ketiga ini sebagai ‘scandal’, wanita simpanan dan juga kekasih gelap. 

Salahkah menjadi orang ketiga ini? Tidak salah sekiranya cara yang dilakukan betul, dan ada niat yang murni serta perwatakan yang sopan. Tetapi SALAH sekiranya kehadirannya hanya ingin menghancurkan rumahtangga orang lain, punyai niat yang salah dan juga perwatakkan yang menjengkelkan! Sekiranya hanya semata-mata ingin merosakkan hubungan sahaja, kami cadangkan anda lupakan sahaja niat menjadi orang ketiga ni! 

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1