DERITA SANGKA BURUK AKHIRNYA JADI NYATA

Hai aku kenalkan nama aku Qisha (bukan nama sebenar) aku kini berusia 36 tahun dan sudah empat tahun berkahwin bersama lelaki idamanku Rizki ( bukan nama sebenar). Hidup kami Alhamdulillah cukup apa adanya dan kami bahagia dengan kehidupan yang serba sederhana, biasalah waktu awal pernikahan memang perlu ambil masa untuk membina kehidupan. Aku berniaga berniaga kecil-kecilan secara dalam talian, suamiku pula berniaga sendiri. Meskipun sudah empat tahun berkahwin namun kami masih belum diberi rezeki menimang cahaya mata sendiri. Bagaimanapun, bagi kami berdua itu bukan isu besar yang perlu dijadikan punca perbalahan dan sebagainya. Hidup diteruskan dengan baik hari demi hari. Tetapi biasalah mulut saudara-mara dan rakan-rakan manakan mampu kita tutup ada sahaja pertanyaan berkaitan anak apabila bertemu. Semuanya aku jawab dengan baik “belum ada rezeki lagi”. Iya siapalah kita hendak melawan hukum Allah, kalau anak boleh dibeli di pasaraya pasti sudah lama aku beli. 

Persoalan-persoalan yang sering diajukan ini lama kelamaan mula meracun fikiranku. Bukan bahagian “bila nak ada anak?” atau “kenapa belum ada anak?” sebaliknya adalah amaran yang orang lain anggap biasa tapi memberi kesan mendalam pada aku “ Jaga-jaga kau takde anak nanti suami kau cari yang lain, anak tu pengikat kasih”. Semakin hari aku sering berfikir berkenaan kata-kata itu, jujur aku takut sekiranya perkara itu benar-benar terjadi. Aku tidak mahu bermadu dan aku juga tidak pernah terfikir sama sekali untuk berpisah dengan suamiku.

Share On Your Social Media :

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
WhatsApp

Leave a comment

Related Post

Suami Curang, Kenapa Salahkan Isteri?

Jangan Serang Orang Ketiga Bila Suami Curang!

6 Perkara yang buat pasangan ‘KECIL HATI’

Kenapa Rumah Tangga Tak Bahagia?

Untukmu Yang Sedang Berusaha Mengikhlaskan Poligami”

Penafian :
Apa yang kami nyatakan di web ini adalah benar dan tepat mengikut fakta semasa dan dari ulasan testimoni sebenar.
Copyright © 2021 | ehati International Sdn Bhd – All rights reserved

UA-139074358-1